Home » Herba Akar » TONGKAT ALI HITAM – Polyathia Bulata

TONGKAT ALI HITAM – Polyathia Bulata

TONGKAT ALI HITAM – Polyathia Bulata

Tongkat Ali adalah sejenis herba yang tidak asing lagi kepada pengamal perubatan tradisional di rantau ini (Asia Tenggara) sejak turun-temurun.

Di Indonesia pokok ini dikenali dengan nama Pasak Bumi. Di Vietnam pokok ini dikenali dengan nama Cay ba binh yang bermaksud ‘tumbuhan penyembuh 100 jenis penyakit’.

Nama Botani

Polyathia Bulata

Nama Lain

Tongkat Ali Hitam, Tongkat Ali Baginda, Sepelih Angin

Famili

Annonaceae

Pengenalan

Pokok bersaiz kecil atau shrub ini boleh mencapai ketinggian sehingga 2-3 m. Ranting muda dilitupi dengan rambut atau bulu yang agak jelas, berwarna keemasan.

Daunnya ringkas, berwarna hijau, berbentuk bujur panjang (‘lanceolate’ atau ‘oblanceolate’) berukuran 30-35 cm panjang dan 10-12 cm lebar.

Di bahagian atas permukaannya berkilat, mempuyai 25-40 pasang urat dan dibahagian hujungnya tajam (‘acute’). Tangkainyaberukuran 2-3 cm panjang. Bunganya berwarna krim (kelabu kemerahan) dengan 6 kelopak yang panjang.

Khasiat dan Kegunaan

Tumbuhan ini digunakan secara tradisi untuk menguatkan tenaga batin lelaki. Air rebusan diminum sebagai tonik.

Selain daripada itu, tumbuhan ini digunakan untuk menguatkan buah pinggang dengan meminum air rebusannya secara berterusan selama satu bulan.

Tumbuhan ini juga digunakan untuk merawat darah tinggi dan kencing manis dengan menghancurkan bunga, akar dan daun sehingga menjadi serbuk lalu dimakan.

Salah satu kaedah yang biasa diamalkan dalam penggunaanya bagi merawat masalah lemah tenaga batin ialah dengan meminum secara berterusan air rebusan akar P. bullata yang dicampur dengan akar dedawai (Smilax myosotiflora), itah tembaga (Smilax calophylla), mentimun tikus (Cyclea laxiflora) serta akar secancang (Lasianthus cyanocarpus).

Polyathia, Polyathia kategori,sumber Polyathia, Polyathia tanaman, Polyathia mengumpulkan dan memproses, Polyathia ciri-ciri,komposisi kimia Polyathia,fungsi Polyathia, Polyathia foto, Polyathia gambar, video Polyathia, Polyathia informasi

Best Formula Industries ( Company No : 002150621-D ) English * 中文 * Bahasa * More-Shop * Facebook * Youtube

Lot : 146, Jalan Batu Estate, Off Jalan Segambut, 51200 Kuala Lumpur, Malaysia. Location Map

Tel : +603-6257 6048( Operation : 10am-7pm Mon-Sat ) Contact Us

Mobile : +6012-359 0344 ( Free SMS : Whatsapp , Free Call : Tango )

Email or YM: bestform18@yahoo.com * Google: bestform699@gmail.com * Skype: bf1vincent

* BF1 International

* BF1 Business

* BF1 Asia

* BF1 US

* BF1 Malaysia

hair-growth

face-lifting

face-whitening

body-slimming

black-hair

super-growth

body-whitening

anti-acne

anti-wrinkle

body-bath

Copyright © 2009 · Herba.herbal.my – Herba Malaysia · All Rights Reserved ·
Own by Best Formula · Powered by BF1