Tag Archives: sejenis

Buah susu – Persea Americana

Buah susu – Persea Americana

Nama Tempatan

Buah susu/Avocado

Nama Saintifik

Persea Americana

Nama Lain

Alpulkat, palta, aguacate(spanish), butter pear, alligator pear

Famili

Lauraceae

Spesis

P. americana

Asal

Mexico

Keterangan

Merupakan sejenis tumbuhan yang berasal daripada Mexico.

Ia merupakan sejenis pokok yang boleh mencapai ketinggian sehingga 20 meter jika tumbuh dalam keadaan yang optimum.

Daunnya tersusun dalam bentuk selang seli dan panjang daunnya ialah antara 12 hingga 20 cm. Bunganya kecil berwarna kuning kehijauan.

Buah avocado berbentuk seperti buah pir dah lazimnya panjang buahnya antara 7 hingga 12 cm.

Tumbuhan ini boleh membiak melalui biji benih dan keratan batang serta kaedah lain sperti tut dan grafting

kegunaan

Buah avocado merupakan buah yang boleh digunakan untuk pelbagai resepi masakan.

Ia boleh dijadikan puding , sup dan aiskrim.Ia juga sedap dimakan bersama susu.

Buahnya yang masak ranum digaulkan bersama susu pekat dan dimakan sebagai manisan.

Selain daripada itu buah avocado juga mempunyai kegunaan sebagai kosmetik terutamanya untuk kecantikan kulit.

Buah susu, Buah susu kategori,sumber Buah susu,Buah susu tanaman, Buah susu mengumpulkan dan memproses,Buah susu ciri-ciri, komposisi kimia Buah susu, fungsi Buah susu,Buah susu informasi,Buah susu foto, Buah susu gambar, video Buah susu, Buah susu akar,Buah susu buah, buah-buahan,Buah susu,Avocado,Persea Americana,Alpulkat, palta, aguacate, butter, pear, alligator, pearLauraceae,Spesis,P. americana,Mexico, tumbuhan,Mexico, sejenis, pokok, ketinggian, sehingga, 20, meter, tumbuh, optimum,Daun, panjang, daun, 12,20 cm,Bunga, kecil, berwarna, kuning, kehijauan

Pudina – Mentha arvensis

Pudina – Mentha arvensis

Daun Pudina merupakan sejenis tumbuhan herba yang banyak kegunaannya. Merupakan sejenis herba yang berasal dari keluarga Labiatae dan ia tergolong dalam spesies mentha.

Nama Tempatan

Pudina

Nama Saintifik

Mentha arvensis

Nama Lain

Bo He (china), field mint

Famili

Labiatae / lamiacea

Lokasi dijumpai

Tumbuhan ulam


Keterangan

Pudina , sejenis tumbuhan yang biasa digunakan dalam masakan melayu dan barat seperti ulaman untuk laksa, bahan pewangi untuk nasi beriani dan digunakan dalam pelbagai jenis masakan kerana baunya.

Ia sejenis tumbuhan kecil(tutup bumi) yang membiak melalui keratan batang dan anak dari akarnya.

Tumbuhan ini mempunyai aroma yang kuat.

Sekarang pudina banyak ditanam secara kormersial di Malaysia kerana permintaan yang tinggi

Kegunaan

Pudina telah lama digunakan dibarat sebagai penawar untuk penyakit seperti batuk. Ia juga digunakan sebagai teh untuk kegunaan harian.

Dalam perubatan cina pudina disifatkan sebagai tumbuhan yang mempunyai sifat sejuk. Ia biasanya digunakan untuk mengubat penyakit yang berkaitan dengan paru-paru seperti demam selesema dan permulaan demam selesema.

Ia juga digunakan untuk membuang angin dalam badan dan mengubat penyakit seperti ruam kuli . Ia juga digunakan untuk mengurangkan tekanan

Pudina, Pudina kategori,sumber Pudina ,Pudina tanaman, Pudina mengumpulkan dan memproses,Pudina ciri-ciri,komposisi kimia Pudina,fungsi Pudina ,Pudina informasi,Pudina foto, Pudina gambar, video Pudina, Pudina akar,Pudina, Daun, sejenis, tumbuhan, herba, sejenis, arvensis,field,mint,Famili,Labiatae/lamiaceaTumbuhan, ulam,berasal,keluarga Labiatae, spesies, mentha,Mentha