Tag Archives: panjang

Buah susu – Persea Americana

Buah susu – Persea Americana

Nama Tempatan

Buah susu/Avocado

Nama Saintifik

Persea Americana

Nama Lain

Alpulkat, palta, aguacate(spanish), butter pear, alligator pear

Famili

Lauraceae

Spesis

P. americana

Asal

Mexico

Keterangan

Merupakan sejenis tumbuhan yang berasal daripada Mexico.

Ia merupakan sejenis pokok yang boleh mencapai ketinggian sehingga 20 meter jika tumbuh dalam keadaan yang optimum.

Daunnya tersusun dalam bentuk selang seli dan panjang daunnya ialah antara 12 hingga 20 cm. Bunganya kecil berwarna kuning kehijauan.

Buah avocado berbentuk seperti buah pir dah lazimnya panjang buahnya antara 7 hingga 12 cm.

Tumbuhan ini boleh membiak melalui biji benih dan keratan batang serta kaedah lain sperti tut dan grafting

kegunaan

Buah avocado merupakan buah yang boleh digunakan untuk pelbagai resepi masakan.

Ia boleh dijadikan puding , sup dan aiskrim.Ia juga sedap dimakan bersama susu.

Buahnya yang masak ranum digaulkan bersama susu pekat dan dimakan sebagai manisan.

Selain daripada itu buah avocado juga mempunyai kegunaan sebagai kosmetik terutamanya untuk kecantikan kulit.

Buah susu, Buah susu kategori,sumber Buah susu,Buah susu tanaman, Buah susu mengumpulkan dan memproses,Buah susu ciri-ciri, komposisi kimia Buah susu, fungsi Buah susu,Buah susu informasi,Buah susu foto, Buah susu gambar, video Buah susu, Buah susu akar,Buah susu buah, buah-buahan,Buah susu,Avocado,Persea Americana,Alpulkat, palta, aguacate, butter, pear, alligator, pearLauraceae,Spesis,P. americana,Mexico, tumbuhan,Mexico, sejenis, pokok, ketinggian, sehingga, 20, meter, tumbuh, optimum,Daun, panjang, daun, 12,20 cm,Bunga, kecil, berwarna, kuning, kehijauan

Jintan hitam – Nigella Sativa

Jintan hitam – Nigella Sativa

Nama Tempatan

Jintan hitam

Nama Saintifik

Nigella Sativa

Nama Lain

Black cumin,Kalonji, habbatus sauda, black seed, love in the mist, fitches,black caraway, black onion seed,charnushka

Famili

Ranunculaceae

Lokasi dijumpai

Tumbuhan rempah

Keterangan

Jintan hitam telah digunakan sejak dahulu kala , asalnya ia digunakan oleh orang-orang parsi dan shonaiz dalam masakan dan perubatan mereka.

Ia berasal dari kawasan medditeranean, namun kini ia juga ditanam di Afrika utara dan sesetengah bahagian asia seperti india.

Pokok jintan hitam mempunyai daun yang halus dibahagian bawah manakala bahagian yang hampir dengan bunga dan pucuknya mempunyai daun yang agak besar (5 -10 cm panjangnya) dan menyerupai pokok fenel.

Jintan hitam dihasilkan dari bijinya.Pokoknya mengeluarkan bunga berwarna ungu muda atau putih.Tumbuhan semusim ini mencecah antara 12 hingga 18 inci ketika matang(ketika bijinya dituai).

Buahnya pula berbentuk kapsul yang mengandungi banyak biji-biji kecil berwarna putih dan berbentuk trigonal.

Setelah matang kapsulnya terbuka dan biji-biji ini akan bertukar menjadi hitam selepas terdedah pada udara.

Minyak dari jintan hitam ini dijumpai dalam kubur Firaun yang terkenal, Tuthankamen. Ia juga digunakan oleh cleopatra untuk kesihatan dan kecantikannya.

Kegunaan

Ia digunakan dengan banyaknya dalam garam masala.Hipoccrates menggunakan jintan hitam sebagai penawar untuk masalah hati dan penghadaman.

Ia juga digunakan oleh ahli perubatan greek lain untuk mengubat sakit gigi,sakit kepala, hidung tersumbat dan masalah parasit usus seperti cacing.

Ahli perubatan islam yang terkenal Ibnu Sina didalam bukunya , mencadangkan jintan hitam digunakan untk meningkatkan metabolisme dan menaikkan semangat.

Jintan hitam juga di kenali sebagai BRM(biological response modifier) kerana satu kajian di barat menunjukkan ekstrak dari bijinya adalah toksid kepada sel kanser (kajian dijalankan dimakmal terhadapat tikus.

Ia juga dapat menghalang darah dari menjadi toksid yang disebabkan oleh ubat anti kanser cisplatin.

Kajian makmal juga menunjukkan sel kanser yang disimpan dalam inkubator bersama ekstrak jintan hitam tidak dapat menghasilkan faktor untuk pertumbuhan (fibroblast growth factor) dan protein berkalogen yang diperlukan untuk perlukan untuk pertumbuhan tumor.

Selain itu ia juga dapat meningkatkan sistem pertahanan badan yang berkait dengan sel darah putih.Bagaimanapun, penemuan ini masih diperingkat kajian lagi.

jintan hitam, jintan hitam kategori,sumber jintan hitam,jintan hitam tanaman, jintan hitam mengumpulkan dan memproses,jintan hitam ciri-ciri,komposisi kimia jintan hitam,fungsi jintan hitam,jintan hitam informasi,jintan hitam foto, jintan hitam gambar, video jintan hitam, jintan
Ranunculaceae,Tumbuhan, rempah,Jintan, hitam, medditeranean, Afrika, utara,asia,india,jintan hitam, daun, bunga, pucuk,mempunyai daun, besar, 5 -10 cm, panjang,hitam akar,Jintan hitam,Nigella Sativa,Black cumin,Kalonji, habbatus sauda