Tag Archives: misai kucing

MISAI KUCING – Orthosiphon Stamineus

MISAI KUCING – Orthosiphon Stamineus

Nama Botani

Orthosiphon stamineus Benth (O. aristatus Blume)

Nama Lain

Remujung, Kumis kucing (Indonesia), Java tea (Inggeris)

Famili

Lamiaceae

Pengenalan

Misai kucing ialah sejenis tumbuhan tropika yang berasal dari negara Asia Tenggara seperti Thailand, Indonesia, Filipina serta kepulauan Melayu seperti Malaysia, Indonesia dan Brunei.

Ia boleh didapati di tepi jalan dan kawasan tanah terbiar sama ada kawasan tanah rendah atau tinggi. Pokok ini mempunyai bunga yang cantik dan sering di tanam sebagai pokok hiasan.

Bunganya berwarna putih atau ungu dengan filamen yang panjang menyerupai misai kucing. Batangnya pula berbentuk empat segi berbulu pendek, berwarna kemerahan, tumbuh menegak dan bercabang-cabang.

Daun misai kucing tersusun dalam pasangan yang bertentangan, licin, berwarna hijau, berbentuk tirus di hujung dan tepi daunnya pula berjeriji.

Tangkai daunnya yang pendek, lebih kurang 0.3 cm panjang dan berwarna ungu-kemerahan. Ketinggiannya boleh mencecah sehingga 1.5 m.

Khasiat dan Kegunaan

Daun misai kucing digunakan bersama hempedu bumi bagi melawaskan pembuangan air kecil, rawatan batu ginjal, reumatisme, sakit pinggang, radang ginjal, masuk angin, kencing manis dan demam.

MISAI KUCING, MISAI KUCING kategori,sumber MISAI KUCING, MISAI KUCING tanaman, MISAI KUCING mengumpulkan dan memproses, MISAI KUCING ciri-ciri,komposisi kimia MISAI KUCING,fungsi MISAI KUCING, MISAI KUCING foto, MISAI KUCING gambar, video MISAI KUCING, MISAI KUCING informasi

Anggur

anggur

Anggur

Get the Flash Player to see the wordTube Media Player.

Nama Tempatan: Anggur
Nama Saintifik: Vitis Vinifera
Nama Lain: Grape
Famili: viticeae
Lokasi dijumpai:
Asal: Kawasan Medditerranean

keterangan:

Anggur merupakan sejenis tumbuhan yang menjalar dan mempunyai batang berkayu. Tergolong dalam keluarga vitaceae anggur mempunyai lebih kurang 8000 varieti yang ditanam seluruh dunia.Buah anggur tumbuh dalam gugusan yang boleh mengandungi sahingga 300 buah dalam satu tangkai.pelbagai varieti anggur boleh dibezakan dengan warna buah Anggur yang telah masak.Buahnya terdapat dalam pelbagai warna seperti hijau, merah ungu, ungu kehitaman, keemasan, kuning kemerahan, merah jambu dan putih.

kegunaan:

Hasil dari penemuan arak yang berusia 7000 tahun di Iraq pada tahun 1996, anggur didapai telah digunakan untuk dijadikan arak semenjak zaman neolitik lagi.Buah anggur boleh dimakan secara mentah atau dijadikan jem, jus, jeli, kismis, wain, jeruk dan perisa masakan.Bukan hanya buah anggur boleh dimakan, daunnya juga boleh digunakan untuk dijadikan teh dan dolma.dolma merupakan sejenis makanan berasaskan sayuran.Daun anggur digunakan sebagai pembungkus sayur-sayuran lain yang dijadikan inti.Antara resepi dolma ialah:

Dolma daun anggur

bahan-bahan:
1. beberapa helai daun anggur
2. 1 1/2 cawan beras
3. 2 sudu makan tomato puri
4. 2 biji bawang besar dicincang halus
5. 2 sudu makan kismis
6. 2 sudu makan kacang pine atau badam atau gajus
7. 1 sudu makan serbuk kayu manis
8. I sudu makan serbuk allspice
9. 1 sudu makan serbuk mint
10. 1 sudu makan minyak zaitun.

Cara penyediaan:
1. tumis bawang besar dalam minyak zaitun hingga naik bau, masukkan beras, dan masukkan air panas hingga menutupinya sama seperti memasak nasi).
2. tutup dan masak dengan api yang perlahan sehingga nasi separuh masak.Lebih kurang 10 minit.
3. Tutup api, masukkan tomato puri,kismis,kacang dan semua rempah. Biarkan sejuk.
4. apabila sejuk, letak lebih kurang satu sudu makan nasi keatas daun anggur dan gulungkan. Boleh menggunakan lidi untuk mengemaskan bungkusan.
5. kukus 30 hingga 45 mini sehingga nasi betul-betul masak.
6. Dolma biasa dihidangkan sejuk. Perahkan jus lemon keatas dolma ketika dihidangkan.

daun anggur yang dipotong halus-halus dan dikeringkan boleh dijadikan teh.

anggur merupakan antara sumber yang paling baik untuk vitamin C. ia juga kaya dengan kalium. Mengandungi 80% kandungan air dan berkalori rendah.

Anggur, Anggur jenis, Anggur alias, Anggur asal, Anggur tanaman, Anggur tanaman morfologi, Anggur akuisisi, Anggur traits, Anggur komposisi Anggur kimia, Anggur selera, Anggur fungsi, Anggur indikasi fungsional, Anggur yang jelas, Anggur informasi, Anggur foto, Anggur gambar, Anggur video, Anggur foto studio, anggur,anggur merah,beluntas,budidaya anggur,budidaya tanaman anggur,bunga tanjung,dajjal,daun gelenggang,gambar keladi tikus,gambar sirih hitam,herba,imam mahdi,jarak pagar,jintan hitam,jus mengkudu,keladi,keladi candik,keladi tikus,kontrak farming,kunyit,mahkota dewa,manfaat anggur,manjakani,mas cotek,melur,misai kucing,nilam,pokok anggur,pokok herba,pokok jarak,sambung nyawa,tanam anggur,tanaman anggur,tanaman serai,temu lawak,tumbuhan herba,ulam raja,urang aring