Lemon Balm – Melissa Officinalis
Nama Tempatan
Lemon Balm
Nama Saintifik
melissa officinalis
Nama Lain
Balm, sweet lemon,
Famili
Labiatae/lamiatae
Lokasi dijumpai
Taman Agro Mardi cameron highland
Asal
Eropah Selatan
Spesis
M. officinalis
Keterangan
Sejenis tumbuhan yang berasal dari eropah selatan, lemon balm merupakan sejenis herba inggeris yang mempunyai banyak kegunaan samaada dari segi perubatan atau untuk masakan.
Tumbuhan ini mempunayai akar yang pendek dengan batanganya yang berbentuk empat segi.
Ia mempunyai banyak cabang dan boleh membesar hingga ketinggian antara 1 hingga 2 meter pada iklim yang sesuai.
Daunnya berbentuk oval,berkedut dan bergerisis pada bahagian tepinya.Daunnya akan menghasilkan bau lemon yang amat kuat apabila dilumatkan.
Daunnya juga mempunyai sedikit rasa lemon yang tidak ketara.
Bunganya kecil , berwarna putih kekuningan dan selalunya lemon balm yang ditanam di Malaysia tidak akan menghasilkan bunga kerana suhu yang tinggi.
Ia merupakan sejenis pokok bukan semusim, tetapi lebih senang mati selepas berbunga.
Untuk mengelakkan ia mati, pangkas ketika sedang berbunga supaya tunas baru boleh dihasilkan.
Ia boleh membiak melalui biji benih, keratan batang dan pembahagian akar.
Ia boleh hidup dipelbagai jenis tanah dengan mengambil kira air yang mencukupi dan suhu yang tidak terlampau panas.
Kegunaan
Dari segi perubatan lemon balm membantu menenangkan rasa gugup, membantu penghadaman,mengelakkan sakit kepada , menghalau serangga dan boleh digunakan untuk rawatan aromaterapi.
Daunnya yang dihancurkan dan disapu pada kulit akan menghalau nyamuk dari menghisap darah kita.
Daunnya digunakan sebagai teh untuk menenangkan.
Ia juga dikatakan mempunyai ciri-ciri anti bakteria.Ada kajian mendapati baunya juga boleh melegakan tekanan.
Lemon Balm, Lemon Balm kategori,sumber Lemon Balm,Lemon Balm tanaman, Lemon Balm mengumpulkan dan memproses,Lemon Balm ciri-ciri,komposisi kimia Lemon Balm,fungsi Lemon Balm,Lemon Balm informasi,Lemon Balm foto, Lemon Balm gambar, video Pudina, Lemon Balm akar, officinalis, ramuan, abadi, mint, Lamiaceae, Eropah, selatan, wilayah, Mediterranean,tumbuh, 70-150, cm,Daun, aroma, lemon, lembut, sitronelal, sitronelol, citral, geraniol,Balm, sweet lemon,Labiatae/lamiatae,Taman Agro Mardi, cameron, highland,Eropah, Selatan