Tag Archives: jintan hitam

Jintan hitam – Nigella Sativa

Jintan hitam – Nigella Sativa

Nama Tempatan

Jintan hitam

Nama Saintifik

Nigella Sativa

Nama Lain

Black cumin,Kalonji, habbatus sauda, black seed, love in the mist, fitches,black caraway, black onion seed,charnushka

Famili

Ranunculaceae

Lokasi dijumpai

Tumbuhan rempah

Keterangan

Jintan hitam telah digunakan sejak dahulu kala , asalnya ia digunakan oleh orang-orang parsi dan shonaiz dalam masakan dan perubatan mereka.

Ia berasal dari kawasan medditeranean, namun kini ia juga ditanam di Afrika utara dan sesetengah bahagian asia seperti india.

Pokok jintan hitam mempunyai daun yang halus dibahagian bawah manakala bahagian yang hampir dengan bunga dan pucuknya mempunyai daun yang agak besar (5 -10 cm panjangnya) dan menyerupai pokok fenel.

Jintan hitam dihasilkan dari bijinya.Pokoknya mengeluarkan bunga berwarna ungu muda atau putih.Tumbuhan semusim ini mencecah antara 12 hingga 18 inci ketika matang(ketika bijinya dituai).

Buahnya pula berbentuk kapsul yang mengandungi banyak biji-biji kecil berwarna putih dan berbentuk trigonal.

Setelah matang kapsulnya terbuka dan biji-biji ini akan bertukar menjadi hitam selepas terdedah pada udara.

Minyak dari jintan hitam ini dijumpai dalam kubur Firaun yang terkenal, Tuthankamen. Ia juga digunakan oleh cleopatra untuk kesihatan dan kecantikannya.

Kegunaan

Ia digunakan dengan banyaknya dalam garam masala.Hipoccrates menggunakan jintan hitam sebagai penawar untuk masalah hati dan penghadaman.

Ia juga digunakan oleh ahli perubatan greek lain untuk mengubat sakit gigi,sakit kepala, hidung tersumbat dan masalah parasit usus seperti cacing.

Ahli perubatan islam yang terkenal Ibnu Sina didalam bukunya , mencadangkan jintan hitam digunakan untk meningkatkan metabolisme dan menaikkan semangat.

Jintan hitam juga di kenali sebagai BRM(biological response modifier) kerana satu kajian di barat menunjukkan ekstrak dari bijinya adalah toksid kepada sel kanser (kajian dijalankan dimakmal terhadapat tikus.

Ia juga dapat menghalang darah dari menjadi toksid yang disebabkan oleh ubat anti kanser cisplatin.

Kajian makmal juga menunjukkan sel kanser yang disimpan dalam inkubator bersama ekstrak jintan hitam tidak dapat menghasilkan faktor untuk pertumbuhan (fibroblast growth factor) dan protein berkalogen yang diperlukan untuk perlukan untuk pertumbuhan tumor.

Selain itu ia juga dapat meningkatkan sistem pertahanan badan yang berkait dengan sel darah putih.Bagaimanapun, penemuan ini masih diperingkat kajian lagi.

jintan hitam, jintan hitam kategori,sumber jintan hitam,jintan hitam tanaman, jintan hitam mengumpulkan dan memproses,jintan hitam ciri-ciri,komposisi kimia jintan hitam,fungsi jintan hitam,jintan hitam informasi,jintan hitam foto, jintan hitam gambar, video jintan hitam, jintan
Ranunculaceae,Tumbuhan, rempah,Jintan, hitam, medditeranean, Afrika, utara,asia,india,jintan hitam, daun, bunga, pucuk,mempunyai daun, besar, 5 -10 cm, panjang,hitam akar,Jintan hitam,Nigella Sativa,Black cumin,Kalonji, habbatus sauda

Anggur

anggur

Anggur

[media id=2 width=500 height=400]

Nama Tempatan: Anggur
Nama Saintifik: Vitis Vinifera
Nama Lain: Grape
Famili: viticeae
Lokasi dijumpai:
Asal: Kawasan Medditerranean

keterangan:

Anggur merupakan sejenis tumbuhan yang menjalar dan mempunyai batang berkayu. Tergolong dalam keluarga vitaceae anggur mempunyai lebih kurang 8000 varieti yang ditanam seluruh dunia.Buah anggur tumbuh dalam gugusan yang boleh mengandungi sahingga 300 buah dalam satu tangkai.pelbagai varieti anggur boleh dibezakan dengan warna buah Anggur yang telah masak.Buahnya terdapat dalam pelbagai warna seperti hijau, merah ungu, ungu kehitaman, keemasan, kuning kemerahan, merah jambu dan putih.

kegunaan:

Hasil dari penemuan arak yang berusia 7000 tahun di Iraq pada tahun 1996, anggur didapai telah digunakan untuk dijadikan arak semenjak zaman neolitik lagi.Buah anggur boleh dimakan secara mentah atau dijadikan jem, jus, jeli, kismis, wain, jeruk dan perisa masakan.Bukan hanya buah anggur boleh dimakan, daunnya juga boleh digunakan untuk dijadikan teh dan dolma.dolma merupakan sejenis makanan berasaskan sayuran.Daun anggur digunakan sebagai pembungkus sayur-sayuran lain yang dijadikan inti.Antara resepi dolma ialah:

Dolma daun anggur

bahan-bahan:
1. beberapa helai daun anggur
2. 1 1/2 cawan beras
3. 2 sudu makan tomato puri
4. 2 biji bawang besar dicincang halus
5. 2 sudu makan kismis
6. 2 sudu makan kacang pine atau badam atau gajus
7. 1 sudu makan serbuk kayu manis
8. I sudu makan serbuk allspice
9. 1 sudu makan serbuk mint
10. 1 sudu makan minyak zaitun.

Cara penyediaan:
1. tumis bawang besar dalam minyak zaitun hingga naik bau, masukkan beras, dan masukkan air panas hingga menutupinya sama seperti memasak nasi).
2. tutup dan masak dengan api yang perlahan sehingga nasi separuh masak.Lebih kurang 10 minit.
3. Tutup api, masukkan tomato puri,kismis,kacang dan semua rempah. Biarkan sejuk.
4. apabila sejuk, letak lebih kurang satu sudu makan nasi keatas daun anggur dan gulungkan. Boleh menggunakan lidi untuk mengemaskan bungkusan.
5. kukus 30 hingga 45 mini sehingga nasi betul-betul masak.
6. Dolma biasa dihidangkan sejuk. Perahkan jus lemon keatas dolma ketika dihidangkan.

daun anggur yang dipotong halus-halus dan dikeringkan boleh dijadikan teh.

anggur merupakan antara sumber yang paling baik untuk vitamin C. ia juga kaya dengan kalium. Mengandungi 80% kandungan air dan berkalori rendah.

Anggur, Anggur jenis, Anggur alias, Anggur asal, Anggur tanaman, Anggur tanaman morfologi, Anggur akuisisi, Anggur traits, Anggur komposisi Anggur kimia, Anggur selera, Anggur fungsi, Anggur indikasi fungsional, Anggur yang jelas, Anggur informasi, Anggur foto, Anggur gambar, Anggur video, Anggur foto studio, anggur,anggur merah,beluntas,budidaya anggur,budidaya tanaman anggur,bunga tanjung,dajjal,daun gelenggang,gambar keladi tikus,gambar sirih hitam,herba,imam mahdi,jarak pagar,jintan hitam,jus mengkudu,keladi,keladi candik,keladi tikus,kontrak farming,kunyit,mahkota dewa,manfaat anggur,manjakani,mas cotek,melur,misai kucing,nilam,pokok anggur,pokok herba,pokok jarak,sambung nyawa,tanam anggur,tanaman anggur,tanaman serai,temu lawak,tumbuhan herba,ulam raja,urang aring