Tag Archives: famili

Pudina – Mentha arvensis

Pudina – Mentha arvensis

Daun Pudina merupakan sejenis tumbuhan herba yang banyak kegunaannya. Merupakan sejenis herba yang berasal dari keluarga Labiatae dan ia tergolong dalam spesies mentha.

Nama Tempatan

Pudina

Nama Saintifik

Mentha arvensis

Nama Lain

Bo He (china), field mint

Famili

Labiatae / lamiacea

Lokasi dijumpai

Tumbuhan ulam


Keterangan

Pudina , sejenis tumbuhan yang biasa digunakan dalam masakan melayu dan barat seperti ulaman untuk laksa, bahan pewangi untuk nasi beriani dan digunakan dalam pelbagai jenis masakan kerana baunya.

Ia sejenis tumbuhan kecil(tutup bumi) yang membiak melalui keratan batang dan anak dari akarnya.

Tumbuhan ini mempunyai aroma yang kuat.

Sekarang pudina banyak ditanam secara kormersial di Malaysia kerana permintaan yang tinggi

Kegunaan

Pudina telah lama digunakan dibarat sebagai penawar untuk penyakit seperti batuk. Ia juga digunakan sebagai teh untuk kegunaan harian.

Dalam perubatan cina pudina disifatkan sebagai tumbuhan yang mempunyai sifat sejuk. Ia biasanya digunakan untuk mengubat penyakit yang berkaitan dengan paru-paru seperti demam selesema dan permulaan demam selesema.

Ia juga digunakan untuk membuang angin dalam badan dan mengubat penyakit seperti ruam kuli . Ia juga digunakan untuk mengurangkan tekanan

Pudina, Pudina kategori,sumber Pudina ,Pudina tanaman, Pudina mengumpulkan dan memproses,Pudina ciri-ciri,komposisi kimia Pudina,fungsi Pudina ,Pudina informasi,Pudina foto, Pudina gambar, video Pudina, Pudina akar,Pudina, Daun, sejenis, tumbuhan, herba, sejenis, arvensis,field,mint,Famili,Labiatae/lamiaceaTumbuhan, ulam,berasal,keluarga Labiatae, spesies, mentha,Mentha

Bonglai – Oroxylum indicum

Bonglai – Oroxylum indicum

Pokok Bonglai adalah sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia serta di negara-negara ASEAN yang lain. Nama saintifiknya Oroxylum indicum Vent.

Nama Tempatan

Bonglai

Nama Saintifik

Oroxylum indicum dan Pajanelia longifolia

Nama Lain

pokok bolai, bongloi, boli, boloi, bikir, kulai, merkulai, merlai, beka ,Shyonaka(india),wooden butterfly,mu hu die,

Famili

Bignoniaceae

Lokasi dijumpai

Tepi hutan, tepi jalan dan kampung

Spesis

O. indicum

Keterangan

Bonglai ialah sejenis tumbuhan yang memainkan peranan penting dalam perubatan tradisional.

Dikampung-kampung buah bonglai yang muda dan daunnya dijadikan sayuran sungguhpun rasanya agak pahit sedikit.

Masyarakat jawa turut menjadikan bunga bonglai sebagai sayuran.Buah bonglai juga sedap dijadikan kerabu setelah dibakar terlebih dahulu.

Bunga bonglai kembang malam dan akan gugur pada keesokan harinya.

Kelawar menjadi agen pendebungaan bonglai kerana ia tertarik pada bau yang dihasilkan oleh bunga bonglai.

Terdapat juga Bonglai putih (Aingeber cassumunar).Bonglai boleh membiak melalui biji benih dan keratan batang

Kegunaan

Daun bonglai yang direbus boleh dijadikan minuman untuk menghilangkan ubat demam, sakit urat, menambahkan selera dan ia juga boleh digunakan untuk mengubat luka.

Dalam perubatan melayu kayu bonglai merujuk kepada dua jenis tumbuhan iaitu Oroxylum indicum dan Pajanelia longifolia.

Kulit kayu bonglai yang direbus boleh digunakan untuk mengubat sakit pinggang, buang angin, buasir, menguruskan badan, lemah jantung,sakit lutut kesuburan rambut, pening kepala dan jerawat.

Kulitnya juga boleh dijadikan ubat sakit hepatitis.Daunnya yang ditumbuk lumat boleh ditampal didahi dan pelipis untuk menghilangkan sakit kepala.

Kulit pokok bonglai mengandungi alkaloid,asid tannik,galaktos dan sitosterol. Bonglai digunakan dengan begitu meluas sekali dalam perubatan india(ayurveda )

Bonglai, Bonglai kategori,sumber Bonglai,Bonglai tanaman, Bonglai mengumpulkan dan memproses,Bonglai ciri-ciri, komposisi kimia Bonglai, fungsi Bonglai ,Bonglai informasi,Bonglai foto, Bonglai  gambar, video Bonglai, Bonglai,Oroxylum indicum, Pajanelia, longifolia,pokok bolai, bongloi, boli, boloi, bikir, kulai, merkulai, merlai, beka ,Shyonaka,wooden butterfly,mu hu die,famili,Bignoniaceae,Spesis,O. indicum,tumbuhan, tradisional,buah, bonglai, daun, sayuran, akar,Bonglai buah, buah-buahan,Bonglai

Kelapa

kelapa berbuah1 chepa

Kelapa

Get the Flash Player to see the wordTube Media Player.

Nama Tempatan: Kelapa
Nama Saintifik: Cocos nucifera
Nama Lain: Nyiur, coconut(english), Kokonet, Kokas(Amharic),Jooz al-hind(Arabic),Hentgagan Engouz, Hendkakan Enkoyz(Armenian),Êîêîñ Kokos(Bulgaria),Ungbin(burma),Ho ho yeh ji, Yeh ji (cina-kantonis), Ke ke ye zi, Ye zi(cina-mandarin)
Famili: Arecaceae
Lokasi dijumpai: Tepi pantai
Asal: Tumbuhan tempatan

keterangan:

Kelapa merupakan tumbuhan yang mempunyai pelbagai kegunaan dalam masyarakat kita. seluruh bahagian kelapa dari batangnya hinggalah buahnya mempunyai kegunaan yang tersendiri. Tumbuhan yang tergolong dalam keluarga palma ini menggemari kawasan yang bertanah pasir dan mendapat sinaran cahaya matahari yang terik seperti kawasan tpi pantai.Kelapa boleh mencapai ketinggian hingga 30 meter. daunnya berbentuk pinat yang tersusun secara bertentangan pada pelepah daun.Pelepah daun  mempunyai panjang antara 4-6 meter.

kegunaan:

Antara kegunaan kelapa ialah batangnya yang dijadikan titi, lidinya dijadikan penyapu, tempurung sebagai bahan bakar dan hiasan, sabut sebagai penyapu, airnya sebagai minuman, santan sebagai pelazat makanan.santan kelapa yang diproses juga menghasilkan minyak dan ini merupakan hasil utama darip pokok kelapa.

Kelapa, Kelapa jenis, Kelapa alias, Kelapa asal, Kelapa tanaman, Kelapa tanaman morfologi, Kelapa akuisisi, Kelapa traits, Kelapa komposisi Kelapa kimia, Kelapa selera, Kelapa fungsi, Kelapa indikasi fungsional, Kelapa yang jelas, Kelapa informasi, Kelapa foto, Kelapa gambar, Kelapa video, Kelapa foto studio, acetobacter xylinum,budidaya kelapa,bunga tanjung,herba,jarak pagar,keladi,keladi tikus,kunyit,manjakani,mas cotek,melur,nata coco,pokok jarak,temu lawak,ulam raja,urang aring