Tag Archives: Bunga Cengkih tanaman

Bunga Cengkih

Bunga Cengkih

Daun pokok ini boleh menghasilkan Minyak pati. Walau bagaimanapun, tidak ditemui mana-mana rujukan bahawa minyak ini boleh digunakan untuk memasak.

Daun-daunnya memang aromatik cukup untuk menjadikan suasana yang segar. Buah-buahnya yang masak juga boleh digunakan dalam masakan.

Penanaman

Pokok cengkih memerlukan iklim panas serta lembap dan hujan sebanyak 150 – 250mm dan suhu 15° – 38 °C. Tanah yang paling sesuai baginya ialah tanah gembur yang mengandungi humus dan tanah laterit.

Cara pembiakannya ialah dengan menggunakan biji benih. Biasanya anak-anak benih ditanam 1.5 hingga 2 tahun di ladang dengan jarak 5m. antara pokok. Hasil yang pertama boleh dipungut apabila pokoknya berumur tujuh atau lapan tahun. Pokok cengkih akan terus mengeluarkan hasilnya sehingga umurnya 60 tahun atau mencapai 130 tahun. Biasanya hasil setiap tahun bagi satu pokok ialah 2.7 kg.

Penyakit

Pokok cengkih di Lindungan (Protectorate) Zanzibar, yang merupakan asas ekonomi pulau tersebut, dan merupakan sembilan per sepuluh bekalan dunia, kini diancam penyakit mati mengejut. Pada tahun 1950, ia kini dianggarkan sekurang-kurangnya separuh pokok cengkih di Pulau Zanzibar telahpun mati akibat penyakit mati mengejut, dan di pulau Pemba terdapat sekurang-kurangnya dua ribu wabak. Pokok tersebut kini semakin merebak semakin luas sejak tarikh tersebut.

Kegunaan

Bunga cengkih mengeluarkan aroma, digunakan sebagai rempah dalam beberapa jenis masakan dan ia boleh juga dimakan bersama daun sirih bagi menambah rasa manis dan lebih enak. Minyak cengkih digunakan dalam perusahaan membuat ubat-ubatan dan minyak wangi. Di sesetengah negara seperti Indonesia, cengkih dicampurkan dengan tembakau dalam rokok.

Bunga Cengkih Cina, Bunga Cengkih kategori, Bunga Cengkih alias, sumber Bunga Cengkih, Bunga Cengkih tanaman, tanaman Bunga Cengkih morfologi, Bunga Cengkih Cina mengumpulkan dan memproses, Bunga Cengkih cina ciri-ciri, komposisi kimia Bunga Cengkih cina, Bunga Cengkih selera seksual, fungsi Bunga Cengkih cina, Indikasi Bunga Cengkih, Bunga Cengkih rincian, Bunga Cengkih informasi, Bunga Cengkih foto, cina Bunga Cengkih gambar, video Bunga Cengkih Cina, Bunga Cengkih studio, lycium barbarum, Qi Zi keampuhan, Cotoneaster, Cina Bunga Cengkih, Bunga Cengkih buah, buah-buahan, rumput dan buah-buahan, dandelion, dandelion inggris, dandelion tanaman liar dandelion, dandelion inggris, kering kulit jeruk, kulit jeruk kering