Tag Archives: Bonglai mengumpulkan dan memproses

Bonglai – Oroxylum indicum

Bonglai – Oroxylum indicum

Pokok Bonglai adalah sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia serta di negara-negara ASEAN yang lain. Nama saintifiknya Oroxylum indicum Vent.

Nama Tempatan

Bonglai

Nama Saintifik

Oroxylum indicum dan Pajanelia longifolia

Nama Lain

pokok bolai, bongloi, boli, boloi, bikir, kulai, merkulai, merlai, beka ,Shyonaka(india),wooden butterfly,mu hu die,

Famili

Bignoniaceae

Lokasi dijumpai

Tepi hutan, tepi jalan dan kampung

Spesis

O. indicum

Keterangan

Bonglai ialah sejenis tumbuhan yang memainkan peranan penting dalam perubatan tradisional.

Dikampung-kampung buah bonglai yang muda dan daunnya dijadikan sayuran sungguhpun rasanya agak pahit sedikit.

Masyarakat jawa turut menjadikan bunga bonglai sebagai sayuran.Buah bonglai juga sedap dijadikan kerabu setelah dibakar terlebih dahulu.

Bunga bonglai kembang malam dan akan gugur pada keesokan harinya.

Kelawar menjadi agen pendebungaan bonglai kerana ia tertarik pada bau yang dihasilkan oleh bunga bonglai.

Terdapat juga Bonglai putih (Aingeber cassumunar).Bonglai boleh membiak melalui biji benih dan keratan batang

Kegunaan

Daun bonglai yang direbus boleh dijadikan minuman untuk menghilangkan ubat demam, sakit urat, menambahkan selera dan ia juga boleh digunakan untuk mengubat luka.

Dalam perubatan melayu kayu bonglai merujuk kepada dua jenis tumbuhan iaitu Oroxylum indicum dan Pajanelia longifolia.

Kulit kayu bonglai yang direbus boleh digunakan untuk mengubat sakit pinggang, buang angin, buasir, menguruskan badan, lemah jantung,sakit lutut kesuburan rambut, pening kepala dan jerawat.

Kulitnya juga boleh dijadikan ubat sakit hepatitis.Daunnya yang ditumbuk lumat boleh ditampal didahi dan pelipis untuk menghilangkan sakit kepala.

Kulit pokok bonglai mengandungi alkaloid,asid tannik,galaktos dan sitosterol. Bonglai digunakan dengan begitu meluas sekali dalam perubatan india(ayurveda )

Bonglai, Bonglai kategori,sumber Bonglai,Bonglai tanaman, Bonglai mengumpulkan dan memproses,Bonglai ciri-ciri, komposisi kimia Bonglai, fungsi Bonglai ,Bonglai informasi,Bonglai foto, Bonglai  gambar, video Bonglai, Bonglai,Oroxylum indicum, Pajanelia, longifolia,pokok bolai, bongloi, boli, boloi, bikir, kulai, merkulai, merlai, beka ,Shyonaka,wooden butterfly,mu hu die,famili,Bignoniaceae,Spesis,O. indicum,tumbuhan, tradisional,buah, bonglai, daun, sayuran, akar,Bonglai buah, buah-buahan,Bonglai