Tag Archives: Asia

Jintan hitam – Nigella Sativa

Jintan hitam – Nigella Sativa

Nama Tempatan

Jintan hitam

Nama Saintifik

Nigella Sativa

Nama Lain

Black cumin,Kalonji, habbatus sauda, black seed, love in the mist, fitches,black caraway, black onion seed,charnushka

Famili

Ranunculaceae

Lokasi dijumpai

Tumbuhan rempah

Keterangan

Jintan hitam telah digunakan sejak dahulu kala , asalnya ia digunakan oleh orang-orang parsi dan shonaiz dalam masakan dan perubatan mereka.

Ia berasal dari kawasan medditeranean, namun kini ia juga ditanam di Afrika utara dan sesetengah bahagian asia seperti india.

Pokok jintan hitam mempunyai daun yang halus dibahagian bawah manakala bahagian yang hampir dengan bunga dan pucuknya mempunyai daun yang agak besar (5 -10 cm panjangnya) dan menyerupai pokok fenel.

Jintan hitam dihasilkan dari bijinya.Pokoknya mengeluarkan bunga berwarna ungu muda atau putih.Tumbuhan semusim ini mencecah antara 12 hingga 18 inci ketika matang(ketika bijinya dituai).

Buahnya pula berbentuk kapsul yang mengandungi banyak biji-biji kecil berwarna putih dan berbentuk trigonal.

Setelah matang kapsulnya terbuka dan biji-biji ini akan bertukar menjadi hitam selepas terdedah pada udara.

Minyak dari jintan hitam ini dijumpai dalam kubur Firaun yang terkenal, Tuthankamen. Ia juga digunakan oleh cleopatra untuk kesihatan dan kecantikannya.

Kegunaan

Ia digunakan dengan banyaknya dalam garam masala.Hipoccrates menggunakan jintan hitam sebagai penawar untuk masalah hati dan penghadaman.

Ia juga digunakan oleh ahli perubatan greek lain untuk mengubat sakit gigi,sakit kepala, hidung tersumbat dan masalah parasit usus seperti cacing.

Ahli perubatan islam yang terkenal Ibnu Sina didalam bukunya , mencadangkan jintan hitam digunakan untk meningkatkan metabolisme dan menaikkan semangat.

Jintan hitam juga di kenali sebagai BRM(biological response modifier) kerana satu kajian di barat menunjukkan ekstrak dari bijinya adalah toksid kepada sel kanser (kajian dijalankan dimakmal terhadapat tikus.

Ia juga dapat menghalang darah dari menjadi toksid yang disebabkan oleh ubat anti kanser cisplatin.

Kajian makmal juga menunjukkan sel kanser yang disimpan dalam inkubator bersama ekstrak jintan hitam tidak dapat menghasilkan faktor untuk pertumbuhan (fibroblast growth factor) dan protein berkalogen yang diperlukan untuk perlukan untuk pertumbuhan tumor.

Selain itu ia juga dapat meningkatkan sistem pertahanan badan yang berkait dengan sel darah putih.Bagaimanapun, penemuan ini masih diperingkat kajian lagi.

jintan hitam, jintan hitam kategori,sumber jintan hitam,jintan hitam tanaman, jintan hitam mengumpulkan dan memproses,jintan hitam ciri-ciri,komposisi kimia jintan hitam,fungsi jintan hitam,jintan hitam informasi,jintan hitam foto, jintan hitam gambar, video jintan hitam, jintan
Ranunculaceae,Tumbuhan, rempah,Jintan, hitam, medditeranean, Afrika, utara,asia,india,jintan hitam, daun, bunga, pucuk,mempunyai daun, besar, 5 -10 cm, panjang,hitam akar,Jintan hitam,Nigella Sativa,Black cumin,Kalonji, habbatus sauda

Kunyit – Curcuma domestica

Kunyit – Curcuma domestica

Nama Botani

Curcuma domestica (Val.)/Syn: Curcuma longa

Nama Lain

Kha min (Thailand), Manjal (India), Haldi (Hindi), Kurkum (Arab), Turmeric ( tumeric), Indian saffron, yellow ginger (Inggeris)

Famili

Zingiberaceae

Lokasi dijumpai

Ditanam sebagai rempah

Pengenalan

Kunyit merupakan tanaman rempah yang berasal dari India.

Tanaman ini kemudian diperkenalkan ke negara Asia lain seperti negara-negara Tenggara dan Selatan Asia.

Kunyit hidup subur di kawasan lapang dan terdedah sepenuhnya kepada cahaya matahari.

Ketinggian tumbuhan ini melebihi satu meter. Rizom kunyit berwarna kuning, sedikit bersisik, berbentuk memanjang dan berjejari.

Daunnya licin, berwarna hijau, berbentuk bujur dan meruncing di hujung serta mempunyai tangkai yang panjang.

Pokok ini mengeluarkan bunga yang berwarna kuning di celah-celah daun muda.

Khasiat dan Kegunaan

Daun kunyit biasanya digunakan untuk memberi aroma dan warna kuning kepada masakan seperti rendang, gulai dan sebagai pembalut ikan atau daging yang di bakar.

Dalam perubatan, ia digunakan sebagai antioksidan, antibakteria, antiradang dan antikanser.

Kunyit juga berupaya menyembuhkan luka di dalam badan, mengecutkan peranakan bagi wanita yang baru bersalin, membersihkan dan menghalang pembekuan darah, melancarkan peredaran darah, membantu proses pencernaan serta menghilangkan selesema.

Ia juga dikatakan dapat menyembuhkan luka, seliuh anggota dan kudis.

Kunyit, Kunyit kategori,sumber Kunyit,Kunyit tanaman, Kunyit mengumpulkan dan memproses,Kunyit ciri-ciri, komposisi kimia Kunyit, fungsi Kunyit,Kunyit informasi,Kunyit foto, Kunyit gambar, video Kunyit, Kunyit akar,Kunyit buah, buah-buahan,Curcuma domestica,yellow ginger, ZingiberaceaeKunyit, tanaman, rempah, berasal dari India, Asia, Tenggara, Selatan, Asia