Category Archives: Herba Daun

Herba Daun – Senarai Herba Daun-daun dan Perubatan. Banyak herba daun boleh menjadikan ubat yang berkesan untuk penjagaan kesihatan dan pengawalan penyakit. Daun boleh digunakan sebagai daun kering, minyak daun pati dan serbuk herba daun untuk melaksanakan perubatan.

CAPA – Blumae Balsmifera (L) DC

CAPA – Blumae Balsmifera (L) DC

Nama Botani : Blumae Balsmifera (L) DC

Nama Lain : Capa, Cepa, Sembong, Telinga Kerbau

Pengenalan : Pokok jenis renek ini boleh mencapai ketinggian sehingga 3-4 m. Pokok capa boleh dicamkan melalui baunya yang seperti kapur barus. Daunnya besar, berbentuk bujur panjang (berukuran antara 7 – 13 cm x 2.5 – 5 cm), tebal, ringkas, tersusun secara berselang, tepi daunnya bergerigi (‘serrate dentate’), pangkal daun berkeadaan sempit, hujungnya tajam dan mempunyaia bulu halus dibahagian bawah daun. Tangkai daunnya panjang (2.5 cm). Jambak bunganya terbit dicelah tangkai daun. Bunganya bersaiz kecil dan berwarna kuning.

Khasiat dan Kegunaan : Daun capa  digunakan secara meluas sebagai salah satu bahan untuk air mandian wanita selepas bersalin dan bayi bagi menghilangkan bau badan. Daunnya juga dijadikan campuran minyak urut untuk wanita selepas bersalin untuk disapu di kening dan perut. Daun capa biasanya dimakan bersama pinang untuk merawat masalah pencernaan, gastrik atau dijadikan campuran ubat jamu. Akar pokok muda digunakan untuk merawat luka dalaman manakala akar dan daun yang ditumbuk pula digunakan untuk merawat sengal-sengal tulang, sendi dan otot. Di Filipina pula, daun sembung digunakan  untuk melawaskan kencing dan untuk merawat batu karang. Pohon sembung juga menghasilkan minyak kayu kapor yang boleh digunakan bagi merawat bengkak sendi.

CAPA Cina, CAPA kategori, sumber CAPA, CAPA tanaman, tanaman CAPA morfologi, CAPA Cina mengumpulkan dan memproses, CAPA cina ciri-ciri, komposisi kimia CAPA cina, CAPA selera seksual, fungsi CAPA cina, Indikasi CAPA, CAPA rincian, CAPA informasi, CAPA foto, cina CAPA gambar, video CAPA Cina, CAPA studio,  Cina CAPA, CAPA buah, buah-buahan, rumput dan buah-buahan, tanam-tanaman

Gynura divaricata

Gynura divaricata

Nama Tempatan: Daun Dewa

Nama Saintifik: Gynura divaricata/Gynura segetum (Lour) Merr/Gynura pseudochina

Nama Lain: setawar barah, beluntas cina, samsit

Famili: compositae

Lokasi dijumpai: tumbuhan di laman

Asal: Tumbuhan tempatan

keterangan:

pokok daun dewa atau dikenali juga dipantai timur dengan nama setawar barah merupakan sejenis tumbuhan herba dengan batang yang lembut.Ia mempunyai daun yang permukaannya dilitupi oleh rerambut halus yang lembut.Bahagian tepi daunnya bergerigis dan seolah-olah mempunyai garisan luar yang berwarna ungu.Ia biasa ditanam untuk dijadikan ulam dikampung-kampung di Malaysia.Ia membiak menggunakan ubinya dan pecahan rumpun.

kegunaan:

menurut kajian yang dijalankan oleh Fakultas Farmasi UGM dan Badan Tenaga Nuklir Nasional (BATAN) Indonesia, etanol yang terdapat pada ekstraknya didapati dapat menghalang pertumbuhan sel kanser paru-paru pada tikus.

Kajian juga dilakukan oleh sekumpulan mahasiswa sebuah universiti di Indonesia terhadap pertumbuhan pembuluh darah pada telur ayam. mereka mendapati telur ayam yang diberikan ekstrak daun dewa menunjukkan pembentukan pembuluh darah yang lambat berbanding biasa.Khasiat daun dewa di perolehi dari daun dan ubinya.

daunnya boleh dimanafaatkan untuk mengubati ketuat dan tumor.Untuk mengubati ketuat daunnya dihancurkan dan letakkan pada ketuat dan biarkan semalaman.Basuh pada keesokkan harinya.

Lakukan hingga ketuat mati. Untuk membantutkan pertumbuhan tumor daunnya boleh dimakan mentah sebagai ulam.untuk mengubati bisul pula kaedah yang digunakan ialah dengan menampal daun yang dilumatkan ada bisul.ubinya pula boleh digunakan untuk mengubati lebam kerana ia boleh menghilangkan darah beku.

untuk pengubatan kanser pula antara ramuan yang biasa dibuat ialah dengan memcampurkan 30g daun dewa dengan 20g temu putih dan 30 g rumput jombang atau lebih kita kenali dengan nama dandelion. ketiga-tiga tumbuhan ini direbus dengan 600ml air sehingga ia hanya tinggal 300ml.Air rebusannya ditapis dan diminum apabila suam setiap hari sehingga penyakit berkurang.Ubinya yang dihancurkan juga boleh dijadikan penawar gigitan ular.

Gynura divaricata, Gynura divaricata kategori, Gynura divaricata alias, Gynura divaricata tanaman, tanaman Gynura divaricata morfologi, Gynura divaricata mengumpulkan dan memproses, Gynura divaricata ciri-ciri, komposisi kimia Gynura divaricata, Gynura divaricata selera akar, fungsi Gynura divaricata, , Gynura divaricata rincian, Gynura divaricata informasi, Gynura divaricata foto, cina Gynura divaricata gambar, video Gynura divaricata, Gynura divaricata studio, Gynura divaricata buah, buah-buahan, rumput dan buah-buahan, tanam-tanaman,akar

Centella asiatica

Centella asiatica

[media id=15 width=500 height=400]

Nama Tempatan: pegaga

Nama Saintifik: centella asiatica/hydrocotyle asiatica

Nama Lain: tapak kuda(indonesia),indian pennywort, gotu kola

Famili: Apiaceae/Umbelliferae

Lokasi dijumpai:

Asal:

keterangan:

Pegaga atau nama saintifiknya centella asiatica/hydocotyle asiatica ialah sejenis ulaman popular orang melayu.Tumbuhan menjalar yang tumbuh pada tanah yang agak lembab ini pada asalnya dimakan sebagai ulam untuk menambahkan selera makan kerana daunnya yang wangi.

Nama lainnya ialah tapak kuda(indonesia),indian pennywort, gotu kola.ia dikatakan berasal dari india tetapi begitu mudah didapati tumbuh liar dinegara-negara ASEAN.

mudah tumbuh dikawasan tanah yang subur, agak lembab dan bersaliran baik. Ia membiak melalui pecahan anak.Mengikut ceritanya, pokok pegaga ini dimakan pada awalnya oleh penduduk india setelah melihat gajah yang terkenal dengan umurnya yang panjang didapati selalu mengunyah tumbuhan ini. Jadi ia dimakan pada asalnya untuk memanjangkan umur.

Tapi kini ia diambil sebagai ulam dan jus kerana rasa dan baunya yang menambahkan selera. selain dimakan mentah sebagai ulam pegaga juga boleh dimasak lemak dan dijadikan kerabu.

kegunaan:

Pegaga pernah dipanggil makanan otak kerana ia dapat mengambalikan kesihatan diri dan dapat menolong mengurangkan simptom yang disebabkan oleh tekanan, meningkatkan tindakbalas menambahkan kekuatan fizikal dan mental.

Baru-baru ini WHO telah mengumumkan bahawa pegaga terbukti berkesan untuk meningkatkan kecerdasan dan keupayaan mental kanak-kanak.

Selain itu ia juga dapat mengurangkan tekanan darah tinggi, mencegah nyanyuk, melambatkan proses penuaan dan menolong badan dari bahan toksid.Herba ini mula digunakan dalam perubatan ayurveda. ia juga pernah digunakan dalam perubatan herba shennong di cina lebih kurang 2000 tahun yang lalu.Kebelakangan ini pegaga banyak digunakan untuk dibarat sebagai tonik saraf untuk merehatkan dan menambahkan ingatan.

Diindai bagaimanapun ia juga banyak digunakan untuk mengatasi masalah kulit. Di timur pula, pegaga juga digunakan untuk mengatasi masalah seperti kemurungan yang mungkin disebabkan oleh masalah fizikal.

Kajian terbaru menunjukkan pegaga menunjukkan kesan positif terhadap sistem pengaliran darah dengan menguatkan salur darah dan kapilari.Ia telah menunjukkan kesan yang memberangsangkan bila digunakan untuk merawat kejang kaki, bengkak kaki dan masalah kaki terasa berat dan kebas.

Centella asiatica, Centella asiatica kategori, Centella asiatica alias, sumber Centella asiatica, Centella asiatica tanaman, tanaman Centella asiatica morfologi, Centella asiatica mengumpulkan dan memproses, Centella asiatica ciri-ciri, komposisi kimia Centella asiatica, fungsi Centella asiatica, Indikasi Centella asiatica, Centella asiatica rincian, Centella asiatica informasi, Centella asiatica foto, cina Centella asiatica gambar, video Centella asiatica, Centella asiatica studio,rumput dan buah-buahan,tanam-tanaman olive,pegaga,pegaga,khasiat cekur,khasiat misai kucing,khasiat ulam raja,khasiat lada,hitam

Daun Lakum

Daun Lakum

Nama Tempatan:

Lakum

Nama Saintifik:

Vitis diffusa

Nama Lain:

Ubi kertas, Lakom

Famili:

vitaceae

Lokasi dijumpai:

Tumbuhan liar

Asal:

Tumbuhan tempatan

keterangan:

Lakum merupakan sejenis tumbuhan menjalar yang mudah dijumpai di belukar di negara kita terutamanya kawasan tepi sungai.Daunnya yang muda berwarna putih dibahagiabawahnya.

Bahagian yang putih ini akan bertukar warna menjadi coklat keperangan setelah agak tua. Daunnya mempunyai bahagian tepi yang bergerigis. Lakum membiak melalui ubi dan

kegunaan:

Lakum merupakan antara tumbuhan liar yang mempunyai khasiat perubatan yang tinggi. Bahagian yang digunakan untuk perubatan ialah daun dan ubinya. Lakum digunakan untuk rawatan wanita selepas bersalin.

Ia juga digunakan untuk mengubati bisul yang tidak mempunyai mata.Untuk rawatan selepas bersalin, beberapa helai daun lakum yang telah dikeringkan direbus, dan airnya yang telah suam diminum setiap hari.

Proses pengeringan daun lakum yang hendak digunakan dalam perubatan perlu dilakukan ditempat teduh dan bukannya secara terus kepada cahaya matahari. Ubi lakum digunakan untuk merawat bisul dengan cara mengasah ubi tersebut pada buntut pasu dan campurkan dengan air dan disapu pada bahagian yang sakit dan dibiarkan kering.

Selain daripada khasiat perubatan, buah lakum yang berwarna hitam juga merupakan umpan pancing yang paling digemari oleh spesis ikan sungai terutamanya ikan baung.

Daun Lakum merawat ibu selepas bersalin

POKOK LAKUM yang kadang-kadang dikenali sebagai ubi kertas adalha sejenis tumbuhan yang kaya khasiatnya dalam perubatan herba. Biasanya permukaan bahagian bawah daunnya yang muda berwarna putih melepak dan bila sudah tua ia bertukar menjadi coklat.

Tumbuhan yang mempunyai daun yang bergerigi di bahagian tepi ini adalah sejenis tumbuhan yang memanjat dan menjalar.

Menurut Renjer di Bahagian Tumbuhan Ubatan Herba Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Baharuddin Alias, pokok yang dalam botaninya dikenali sebagai Vitis diffusa ini mempunyai khasiat yang baik.

Berdasarkan pengakuan beberapa pengamal perubatan herba, tumpuan khasiat pokok ini tertumpu pada daun dan ubinya.

“Lakum sesuai untuk perempuan selepas bersalin dan kanak-kanak yang mengalami bisul atau kudis yang tidak mempunyai mata,” katanya.

Bagi rawatan perempuan selepas bersalin, ambil beberapa helai daun pokok lakum yang telah dikeringkan dan rebus daun itu sehingga mendidih.
Bila sudah suam, minulah air rebusan itu perlahan-lahan dan amalkan pada waktu pagi setiap hari.

“Tapi daun lakum hendaklah dikeringkan dalam rumah dan bukannya di bawah cahaya matahari,” kata Baharuddin.

Untuk penyakit kudis atau bisul yang tidak bermata pula, cara rawatanya adalah dengan mengambil seulas ubi pokok lakum yang telah dikeringkan dan asah ubi itu.

Daun Lakum Cina, Daun Lakum kategori, Daun Lakum alias, sumber Daun Lakum, Daun Lakum tanaman, tanaman Daun Lakum morfologi, Daun Lakum Cina mengumpulkan dan memproses, Daun Lakum cina ciri-ciri, komposisi kimia Daun Lakum cina, Daun Lakum selera seksual, fungsi Daun Lakum cina, Indikasi Daun Lakum, Daun Lakum rincian, Daun Lakum informasi, Daun Lakum foto, cina Daun Lakum gambar, video Daun Lakum Cina, Daun Lakum studio,  Cina Daun Lakum, Daun Lakum buah, buah-buahan, rumput dan buah-buahan, tanam-tanaman

Daun kaduk

Daun kaduk

Bahasa Inggeris: Betel Leaf
Nama Saintifik: Piper sarmentosum

Berasal dari Malaysia, Borneo, dan Indonesia, Daun Kaduk ialah herba yang tumbuh pada tempat redup di antara pokok-pokok ranum.

Daun kaduk mengeluarkan sedikit aroma herba apabila dikoyak atau digosok antara tapak tangan. Rasanya berlada, sedikit pahit, dan menaikkan rasa pelbagai jenis makanan seperti udang kering, telur, ikan, dan daging.

Ia digunakan sebagai ulam dengan sayuran lain, dimakan bersama pencicah seperti sambal, cencalok, atau budu. Ia adalah bahan kepada resepi nasi ulam, pucuk tempoyak, perut ikan, beberapa jenis laksa, dan otak-otak Pulau Pinang. Daun kaduk sangat sesuai dengan sup cerah – cuma masukkan beberapa keping daun ke dalam sup ayam atau sup tulang, dah taburkan sedikit lada hitam apabila dihidang.

Daun kaduk ialah sumber yang baik untuk aktioksidan semulajadi kerana kaya dengan vitamin dan mineral.

KHASIAT DAUN KADUK

Daun kaduk atau nama saintifiknya piper sarmentosum mempunyai rupa seperti daun sirih tetapi daunnya lebih lembut dan pedas sedikit apabila dimakan. Daun kaduk sesuai dijadikan ulam untuk dimakan bersama nasi. Daun kaduk mempunyai khasiatnya tersendiri terutamanya dalam bidang perubatan melayu.

Daun kaduk sesuai digunakan untuk mengubati sembelit, sakit gigi, demam malaria, cacing, lemah badan dan lenguh tulang, batuk dan juga panau. cara rawatannya ialah dengan merebus terlebih dahulu daun kaduk tersebut dan air rebusan tadi diberi minum kepada mereka yang mengalami masalah dan penyakit yang disebutkan di atas…

Daun Kaduk Mengurangkan Keputihan

Pucuk kaduk selain dibuat ulam yang menyelerakan samada di makan mentah atau di celur, daun yg tua saya akan rebus, sejukan dan di buat air basuhan selepas membuang air kecil atau selepas habis haid.

Khasiatnya ialah dapat menjadikan awet muda, mengurangkn keputihan, menghilangkan gatal dan kerengsaan pada bahagian sulit.

Daun kaduk – buang angin dalam badan

Anda juga boleh mencuba mengambil sekeping pinang dan dikunyah bersama akar pokok kaduk ini. Telan cecair yang keluar bersama untuk merawat batuk dan menghilangkan asma.Untuk rawatan sakit gigi dan gusi pula,anda boleh cuba kunyah daun kaduk bersama halia, ia juga berupaya mengurangkan sakit tersebut.

Bagi sesetengah orang yang dijangkiti kulat pada bahagian kaki,anda boleh mengambil air rebusan akar dan daun kaduk dan rendamkan kaki anda. Jika anda mengalami masalah penghadaman, ambil air rebusan daun kaduk dan minum. la juga boleh merawat masalah usus dan mengeluarkan angin dalam perut. Ambil daunnya dan gosok pada bahagian yang mengalami kesakitan seperti pada kulit.

Anda juga boleh makan daun kaduk ini bersama nasi dan ia berupaya membantu proses penghadaman di samping dapat mengatasi masalah angin dalam perut. Ambil beberapa helai daun kaduk dan panaskannya. Kemudian tampal pada bahagian dada untuk menghilangkan sakit dada.

Jika anda menggunakan seluruh bahagian daun kaduk dan ia dijadikan ubat minum, ia berupaya merawat batuk dan kahak, melancarkan proses penghadaman dan menghilangkan senak perut.

Daun kaduk Cina, Daun kaduk kategori, Daun kaduk alias, sumber Daun kaduk, Daun kaduk tanaman, tanaman Daun kaduk morfologi, Daun kaduk Cina mengumpulkan dan memproses, Daun kaduk cina ciri-ciri, komposisi kimia Daun kaduk cina, Daun kaduk selera seksual, fungsi Daun kaduk cina, Indikasi Daun kaduk, Daun kaduk rincian, Daun kaduk informasi, Daun kaduk foto, cina Daun kaduk gambar, video Daun kaduk Cina, Daun kaduk studio, lycium barbarum, Cina Daun kaduk, Daun kaduk buah, buah-buahan, rumput dan buah-buahan, tanam-tanaman

Aglaonema

Aglaonema

Aglaonema merupakan tumbuhan dedaun yang berasal dari kawasan paya serta hutan hujan tropika. Pokok herba ini mempunyai jangka hayat hidup yang lama.

Genus berwarna putih kemudian bertukar kehijauan dan akhirnya merah apabila sudah tua. Pokok ini mempunyai ketinggian 20-150 cm, daun yang berwarna hijau gelap, panjang daun 10-45 cm , lebar daun 4-6 cm

Aglaonema adalah genus dari sekitar 40 spesies tanaman dedaunan dalam keluarga Araceae, asli rawa-rawa dan hutan hujan tropis di Asia tenggara dari Bangladesh timur ke Filipina dan utara ke selatan Cina. Tidak ada nama yang umum digunakan secara luas, meskipun mereka kadang-kadang disebut “cina cemara”.

Mereka adalah abadi herba tanaman yang tumbuh dengan ketinggian 20-150 cm. Alternatif daun pada batang, berbentuk pisau pembedah untuk ovate sempit, gelap dan menengah hijau, panjang 10-45 cm dan lebar 4-16 cm, tergantung pada spesies. Bunga relatif mencolok, putih-putih atau kehijauan spathes yang dapat memberi jalan kepada buah beri merah.

Budidaya dan menggunakan

Mereka populer tanaman dan tanaman hias untuk kantor-kantor dan pusat-pusat perbelanjaan karena mereka adalah salah satu tanaman yang paling mudah untuk tumbuh. Sejumlah kultivar telah dipilih, termasuk tanaman dengan daun beraneka ragam. Mereka mentolerir berbagai cahaya, serta pengabaian, dan relatif tahan terhadap hama.

Pepohonan Cina sangat toleran tanaman yang dilakukan dengan baik dalam berbagai pengaturan. Beberapa spesies yang tersedia, beberapa dengan daun hijau tua dan yang lain yang beraneka ragam. Aglaonema berkembang selama bertahun-tahun.

Mereka lebih suka cahaya dan parsial tidak langsung teduh. Mereka melakukan yang terbaik dalam bayangan-kurang cahaya, seperti jendela utara. Mereka lebih memilih tanah berat, yang harus tetap lembab tetapi tidak basah. Mereka tidak mentolerir dingin; mereka tidak boleh terkena suhu di bawah 10 ° C (50 ° F), dengan kondisi pertumbuhan optimal antara 20 ° C (68 ° F) dan 30 ° C (86 ° F). Kelembaban udara tinggi juga penting. Mereka mudah untuk menyebarkan dari potongan, yang akan akar dalam segelas air, atau dari divisi.

Aglaonema,Aglaonema kategori, Aglaonema alias, sumber Aglaonema, Aglaonema tanaman, tanaman Aglaonema morfologi, Aglaonema Cina mengumpulkan dan memproses, Aglaonema cina ciri-ciri, komposisi kimia Aglaonema cina, Aglaonema selera seksual, fungsi Aglaonema cina, Indikasi Aglaonema, Aglaonema rincian, Aglaonema informasi, Aglaonema foto, cina Aglaonema gambar, video Aglaonema Cina, Aglaonema studio, lycium barbarum, Cina Aglaonema, Aglaonema buah, buah-buahan, rumput dan buah-buahan, tanam-tanaman

Teh

12

Teh

[media id=5 width=500 height=400]

Teh Folium Camelliae

(Inggris) Teh

Alias – Teh.

Sumber – yang kamelia tanaman teh Camellia sinensis (L.) Kuntze daun muda atau tunas.

Plant Morfologi – cemara perdu atau pohon kecil, tinggi-1 ~ 6m. Ranting dan daun bubuk fotogenik rambut. Daun alternatif, seperti kulit tipis, berbentuk oval berbentuk pisau pembedah untuk berbentuk oval, panjang 4 ~ 10cm, lebar 2 ~ 3.5cm, puncaknya akut atau sudut tumpul sementara Weiao, memproduksi berbentuk baji dasar, tepi-tepi bergerigi, tangkai daun pendek. Bunga soliter atau 2 aksila, hanya sedikit 3 ~ 4 aksila, 2,5 ~ diameter 3.5cm; pedicel panjang 6 ~ 10mm, sedikit merunduk; sepal 5 ~ 6, ketika deposit akomodasi buah kelopak 5 ~ 8, bulat, putih; ovarium menang, dan tiga kamar, ada rambut lembut, gaya co-sheng, putik 3 retak. Kapsul, atau menunjukkan tiga berbentuk bulat, setiap kamar ada benih. Berbunga 9-10 bulan, masa berbuah pada bulan November.

Selatan negara asal sekarang budidaya yang lebih luas.

Mengumpulkan dan memproses – 4 ~ 5 bulan menanam lebih dari 3 tahun di memetik daun teh di kecambah, goreng kue, gosok sampai kering.

Pop – daun sering meringkuk, rusak, orang lengkap berbentuk pisau pembedah oval atau lebar, daun margin bergerigi dicetak, halus permukaan atas gundul, permukaan bawah sedikit berbulu, kasar, tangkai daun pendek. Gas harum dan kebugaran yang baik dan rasa pahit.

Komposisi kimia – yang mengandung kafein (kafein), teofilin (teofilin), biji kakao alkali (theobromine), kuning purin (xantina), tannin, minyak atsiri, quercetin, vitamin C, karoten, dihidro-ergosterol.

Selera – sedikit dingin, pahit, manis.

Indikasi – konvergensi, diuretik, menyegarkan. Untuk lebih Shenpi tidur, sakit kepala dan kepala pingsan, polidipsia, urin negatif, keracunan alkohol.

Teh, jenis teh, teh alias, sumber teh, teh tanaman, morfologi tanaman teh, memetik teh, teh ciri-ciri, komposisi kimia teh, teh selera, fungsi teh Indikasi teh, teh informasi, informasi teh, teh, foto, teh foto, teh, film, studio foto teh, teh Cina, teh Oolong, Diprophylline, Yunnan Pu’er teh, Yunnan teh, teh Menghai pabrik, tanah Fuling, Tie Guan Yin, Pu’er teh, beraroma manis osmanthus kemanjuran, teh putih, Biluochun, teh hitam, teh hijau , Manggis, teh, Kudingcha, teh polyphenol, teh set, teh, teh, gambar, teh grosir, teh, jaringan, dan rantai waralaba teh, teh kertas filter, honeysuckle, Besi Dewi Mercy, Astragalus

CAPA – Blumae Balsmifera

CAPA – Blumae Balsmifera

Nama Botani

Blumae Balsmifera (L) DC

Nama Lain

Capa, Cepa, Sembong, Telinga Kerbau

Famili

Asteraceae

Pengenalan

Pokok jenis renek ini boleh mencapai ketinggian sehingga 3-4 m. Pokok capa boleh dicamkan melalui baunya yang seperti kapur barus.

Daunnya besar, berbentuk bujur panjang (berukuran antara 7 – 13 cm x 2.5 – 5 cm), tebal, ringkas, tersusun secara berselang, tepi daunnya bergerigi (‘serrate dentate’), pangkal daun berkeadaan sempit, hujungnya tajam dan mempunyaia bulu halus dibahagian bawah daun. Tangkai daunnya panjang (2.5 cm).

Jambak bunganya terbit dicelah tangkai daun. Bunganya bersaiz kecil dan berwarna kuning.

Khasiat dan Kegunaan

Daun capa digunakan secara meluas sebagai salah satu bahan untuk air mandian wanita selepas bersalin dan bayi bagi menghilangkan bau badan.

Daunnya juga dijadikan campuran minyak urut untuk wanita selepas bersalin untuk disapu di kening dan perut.

Daun capa biasanya dimakan bersama pinang untuk merawat masalah pencernaan, gastrik atau dijadikan campuran ubat jamu.

Akar pokok muda digunakan untuk merawat luka dalaman manakala akar dan daun yang ditumbuk pula digunakan untuk merawat sengal-sengal tulang, sendi dan otot.

Di Filipina pula, daun sembung digunakan untuk melawaskan kencing dan untuk merawat batu karang.

Pohon sembung juga menghasilkan minyak kayu kapor yang boleh digunakan bagi merawat bengkak sendi.

Blumae, Blumae kategori,sumber Blumae, Blumae tanaman, Blumae  mengumpulkan dan memproses, Blumae ciri-ciri,komposisi kimia Blumae ,fungsi Blumae, Blumae foto, Blumae gambar, video Blumae, Blumae informasi

LEMBA – Curculigo Latifolia

LEMBA – Curculigo Latifolia

Nama Botani

Curculigo Latifolia

Nama Lain

Lemba

Famili

Amaryllidaceae

Pengenalan

Sejenis tumbuhan herba yang tumbuh secara berumpun yang agak besar. Daun ringkas, berwarna hijau, keras atau kuat, berbentuk bujur.

Saiz daun yang matangberukuran antara 55-57 cm panjang dan 15-17 cm lebar, Daunnya bersifat menirus pada kedua-dua bahagian hujung dan pangkalnya.

Bahagian tepi daun berkeadaan licin dan daun lemba mempuyai banyak urat daun pada permukaannya.

Tangkainya panjang (30-32cm). Bunga tumbuhan ini terbit daripada dasar atau pangkal pokok.

Setiap bunga mempunyai 6 kelopak dan bewarna kuning terang. Buah yang telah matang berbentuk beri, berwarna putih dan berasa manis bila dimakan.

Khasiat dan Kegunaan

Daun sembung digunakan secara meluas sebagai salah satu bahan untuk air mandian wanita selepas bersalin dan bayi bagi menghilangkan bau badan.

Daunnya juga dijadikan campuran minyak urut untuk wanita selepas bersalin untuk disapu di kening dan perut. Daun sembong biasanya dimakan bersama pinang untuk merawat masalah pencernaan, gastrik atau dijadikan campuran ubat jamu.

Akar pokok muda digunakan untuk merawat luka dalaman manakala akar dan daun yang ditumbuk pula digunakan untuk merawat sengal-sengal tulang, sendi dan otot.

Di negara lain di Asia Tenggara seperti Filipina, daun sembung digunakan juga untuk melawaskan kencing dan untuk merawat batu karang.

Pohon sembung juga menghasilkan minyak kayu kapor yang boleh digunakan bagi merawat bengkak sendi.

LEMBA, LEMBA kategori,sumber LEMBA, LEMBA tanaman, LEMBA mengumpulkan dan memproses, LEMBA ciri-ciri,komposisi kimia LEMBA,fungsi LEMBA, LEMBA foto, LEMBA gambar, video LEMBA, LEMBA informasi

SELASIH – Ocimum Basilicum

SELASIH – Ocimum Basilicum

Nama Botani

Ocimum basilicum Linn.

Nama lain

Sweet Basil, French Basil (Inggeris), Barbar,Tulsi (Hindi), Raihan (Arabic),Bai horapa (Thai)

Famili

Lamiaceae

Pengenalan

Selasih merupakan satu darpadai spesies tumbuhan yang secara umumnya di kenali sebagai basil.

Terdapat lebih kurang 150 spesies dari genus Ocimun ini dan spesies basilicum merupakan yang terpenting.

Ia telah lama diketahui mempunyai kepelbagaian sumber dan kaya dengan minyak pati. Tumbuhan ini berasal dari kawasan tropika dan separa tropika benua Asia, Afrika dan Amerika Tengah serta Selatan.

Kini tersebar luas di kawasan panas di kedua-dua hemispera dari aras laut hingga lebih kurang 1,800 m tinggi.

Walau pun tanaman selasih telah berabad-abad lamanya berada di negara kita, namun ia masih ditanam dikawasan kebun dapur iaitu bagi kegunaan sendiri.

Selasih ialah sejenis tanaman semusim yang tumbuh menegak dengan ketinggian antara 30–90 cm.

Batangnya bersegi dan berwarna sama ada hijau, ungu atau perang. Daunnya berwarna hijau pekat, tunggal dan berbentuk bujur telur (‘ovate’).

Di negara ini pada kebiasaannya pembungaan bagi tanaman dari biji benih bermula selepas lebih kurang 75 hari selepas di tanam ke ladang.

Bunganya terdapat dibahagian hujung batang dan dahan pokok. Keseluruhan bahagian tumbuhan boleh mengeluarkan bauan yang sangat beraroma.

Khasiat dan Kegunaan

Tanaman selasih mempunyai berbagai-bagai kegunaan. Di Malaysia tumbuhan ini digunakan dalam masakan dan dikatakan mempunyai khasiat perubatan.

Di Amerika pula disebabkan kecantikan dan bau yang menarik beberapa baka terpilih telah jadikan sebagai tanaman landskap dan tanaman hiasan.

Di samping itu ia dianggap sebagai salah satu herba kulinari yang terkenal dan juga dijual sebagai bunga segar dan produk kering.

Minyak pati yang dihasilkan melalui pengekstrakan daun dan bunga digunakan dalam industri minyak wangi, farmasiutikal, aromaterapi dan makanan dengan manfaatkan bauan dan perisa yang asli.

SELASIH, SELASIH kategori,sumber SELASIH, SELASIH tanaman, SELASIH mengumpulkan dan memproses, SELASIH ciri-ciri,komposisi kimia SELASIH,fungsi SELASIH, SELASIH foto, SELASIH gambar, video SELASIH, SELASIH informasi