Category Archives: Herba Daun

Herba Daun – Senarai Herba Daun-daun dan Perubatan. Banyak herba daun boleh menjadikan ubat yang berkesan untuk penjagaan kesihatan dan pengawalan penyakit. Daun boleh digunakan sebagai daun kering, minyak daun pati dan serbuk herba daun untuk melaksanakan perubatan.

PANDAN – Pandanus odorus

PANDAN – Pandanus odorus

Nama Botani : Pandanus odorus

Nama lain : Fragrant screwpine (Inggeris)

Famili : Pandanaceae

Pengenalan : Pandan wangi yang juga dikenali  sebagai pandan bau atau pandan rampai adalah dari jenis tanaman bersifat saka.  Tumbuhan dari keluarga Pandanaceae ini adalah  sekeluarga dengan pokok mengkuang. Pokok pandan wangi adalah tanaman yang mudah tumbuh dan dipelihara. Tanaman yang dipercayai berasal dari Bangka, Indonesia ini telah tersebar luas di kawasan tropika Asia Tenggara. Walaupun sudah berabad-abad lamanya tanaman ini berada di negara kita, kebanyakan tanamannya masih terdapat di kebun dapur. Kawasan tanaman secara komersial pula amat terhad.Pandan wangi tumbuh berumpun dan mempunyai daun yang panjang dan meruncing di hujung seperti pedang.  Tanaman ini tidak pernah dilaporkan berbunga. Terdapat dua jenis pandan wangi iaitu Pandan wangi besar dan Pandan wangi kecil. Kebanyakan tanaman pandan wangi di negara ini adalah dari jenis Pandan wangi kecil. Ketinggian pertumbuhannya lebih kurang 0.75–1.50 m. Ukuran panjang daun antara 55–75 cm dan lebar di bahagian tengah antara 4–5 cm. Manakala ketinggian Pandan wangi besar pula adalah 3.7–4.3 m, panjang daun lebih kurang 2.3 m dan lebar 9.0 cm.

Khasiat dan Kegunaan : Pandan wangi mempunyai berbagai-bagai kegunaan dalam penyediaan makanan tradisional terutama di kalangan masyarakat Melayu di negara ini. Ia di gunakan sebagai pewarna, pewangi serta perangsang selera. Kini ekstraknya telah digunakan oleh beberapa syarikat pengeluar roti, kek, biskut dan kuih-muih sebagai pewarna dan perisa asli pandan. Di samping itu, terdapat juga produk seperti minuman kacang soya dan santan kelapa yang berperisa pandan di pasaran. Pandan wangi juga dikatakan mempunyai khasiat perubatan. Bagi kegunaan perubatan pula antaranya adalah untuk merawat penyakit demam campak dan juga dikatakan berkesan bagi mengubati penyakit gonorea, sifillis, denggi dan anaemia.

PANDAN Cina, PANDAN kategori, sumber PANDAN, PANDAN tanaman, tanaman PANDAN morfologi, PANDAN Cina mengumpulkan dan memproses, PANDAN cina ciri-ciri, komposisi kimia PANDAN cina, PANDAN selera seksual, fungsi PANDAN cina, Indikasi PANDAN, PANDAN rincian, PANDAN informasi, PANDAN foto, cina PANDAN gambar, video PANDAN Cina, PANDAN studio,  Cina PANDAN, PANDAN buah, buah-buahan, rumput dan buah-buahan, tanam-tanaman

NILAM – Pogostemon cablin (Blanco)Benth

NILAM – Pogostemon cablin (Blanco)Benth

Nama Botani : Pogostemon cablin (Blanco)Benth

Nama lain : Patchouli (Inggeris)

Famili : Lamiaceae

Pengenalan : Tanaman nilam (Pogostemon cablin) dipercayai berasal dari Filipina dan banyak terdapat di hutan-hutan kepulauan Filipina.  Ia dibawa masuk dan ditanam di Semenanjung Malaysia pada awal tahun 1800.  Walau bagaimanapun pada awal 1900 dengan kemasukan tanaman getah yang lebih menguntungkan, tanaman nilam tidak lagi diminati oleh pekebun kecil di Malaysia.  Sekarang nilam diusahakan secara komersial di Indonesia (Acheh), China dan Brazil. Nilam merupakan tanaman herba renik, mempunyai banyak cabang dan tumbuh sehingga 1.0 m tinggi.  Daunnya berbentuk ovate, 8−10 cm panjang dan 5−8 cm lebar, tebal dan bergerigi.  Ia berwarna hijau tua keungun-unguan dan mengeluarkan aroma yang unik bila diramas.  Batang dan cabangnya berwarna ungu, berbentuk empat segi dan diselaputi bulu yang halus.  Nilam didapati tidak berbunga di Malaysia.

Khasiat dan Kegunaan: Dari segi perubatan tradisional, air rebusan daun nilam dilaporkan digunakan untuk mengubati sakit tekak, asma, batuk dan demam.Daun nilam yang beraroma boleh menghasilkan minyak pati yang dikenali sebagai `patchouli oil’ di pasaran antarabangsa.  Antara bahan kimia yang terdapat dalam ‘patchouli oil’ termasuklah benzaldehyde, cardinene, cinnamic aldehyde, eugenol dan ‘patchouli alcohol’.  Minyak nilam banyak digunakan dalam industri wangian dan cirinya yang boleh mengikat (fixative) minyak pati yang lain menjadikanya sangat penting dalam pembuatan minyak wangi.  Minyak nilam juga digunakan dalam membuat produk seperti sabun, bahan pencuci, syampudan ubat antiserangga. Pada konsitrasi yang rendah, minyak nilam juga digunakan sebagai bahan perisa dalam produk minuman dan makanan.

NILAM  Cina, NILAM  kategori, sumber NILAM , NILAM  tanaman, tanaman NILAM  morfologi, NILAM  Cina mengumpulkan dan memproses, NILAM  cina ciri-ciri, komposisi kimia NILAM  cina, NILAM  selera seksual, fungsi NILAM  cina, Indikasi NILAM , NILAM  rincian, NILAM  informasi, NILAM  foto, cina NILAM  gambar, video NILAM  Cina, NILAM  studio,  Cina NILAM , NILAM  buah, buah-buahan, rumput dan buah-buahan, tanam-tanaman

MISAI KUCING – Orthosiphon stamineus Benth (O. aristatus Blume)

MISAI KUCING – Orthosiphon stamineus Benth (O. aristatus Blume)

Nama Botani : Orthosiphon stamineus Benth (O. aristatus Blume)

Nama Lain : Remujung, Kumis kucing (Indonesia), Java tea (Inggeris)

Famili : Lamiaceae

Pengenalan : Misai kucing ialah sejenis tumbuhan tropika yang berasal dari negara Asia Tenggara seperti Thailand, Indonesia, Filipina serta kepulauan Melayu seperti Malaysia, Indonesia dan Brunei. Ia boleh didapati di tepi jalan dan kawasan tanah terbiar sama ada kawasan tanah rendah atau tinggi. Pokok ini mempunyai bunga yang cantik dan sering di tanam sebagai pokok hiasan. Bunganya berwarna putih atau ungu dengan filamen yang panjang menyerupai misai kucing. Batangnya pula berbentuk empat segi berbulu pendek, berwarna kemerahan, tumbuh menegak dan bercabang-cabang. Daun misai kucing tersusun dalam pasangan yang bertentangan, licin, berwarna hijau, berbentuk tirus di hujung dan tepi daunnya pula berjeriji. Tangkai daunnya yang pendek, lebih kurang 0.3 cm panjang dan berwarna ungu-kemerahan. Ketinggiannya boleh mencecah sehingga 1.5 m.

Khasiat dan Kegunaan: Daun misai kucing digunakan bersama hempedu bumi bagi melawaskan pembuangan air kecil, rawatan batu ginjal, reumatisme, sakit pinggang, radang ginjal, masuk angin, kencing manis dan demam.

MISAI KUCING Cina, MISAI KUCING kategori, sumber MISAI KUCING, MISAI KUCING tanaman, tanaman MISAI KUCING morfologi, MISAI KUCING Cina mengumpulkan dan memproses, MISAI KUCING cina ciri-ciri, komposisi kimia MISAI KUCING cina, MISAI KUCING selera seksual, fungsi MISAI KUCING cina, Indikasi MISAI KUCING, MISAI KUCING rincian, MISAI KUCING informasi, MISAI KUCING foto, cina MISAI KUCING gambar, video MISAI KUCING Cina, MISAI KUCING studio,  Cina MISAI KUCING, MISAI KUCING buah, buah-buahan, rumput dan buah-buahan, tanam-tanaman

LEMBA – Curculigo Latifolia

LEMBA – Curculigo Latifolia

Nama Botani : Curculigo Latifolia

Nama Lain : Lemba

Famili : Amaryllidaceae

Pengenalan : Sejenis tumbuhan herba yang tumbuh secara berumpun yang agak besar. Daun ringkas, berwarna hijau, keras atau kuat, berbentuk bujur. Saiz daun yang matangberukuran antara 55-57 cm panjang dan 15-17 cm lebar, Daunnya bersifat menirus pada kedua-dua bahagian hujung dan pangkalnya., Bahagian tepi daun berkeadaan licin dan daun lemba mempuyai banyak urat daun pada permukaannya. Tangkainya panjang (30-32cm). Bunga tumbuhan ini terbit daripada dasar atau pangkal pokok.Setiap bunga mempunyai 6 kelopak dan bewarna kuning terang. Buah yang telah matang berbentuk beri, berwarna putih dan berasa manis bila dimakan.

Khasiat dan Kegunaan : Daun sembung digunakan secara meluas sebagai salah satu bahan untuk air mandian wanita selepas bersalin dan bayi bagi menghilangkan bau badan. Daunnya juga dijadikan campuran minyak urut untuk wanita selepas bersalin untuk disapu di kening dan perut. Daun sembong biasanya dimakan bersama pinang untuk merawat masalah pencernaan, gastrik atau dijadikan campuran ubat jamu. Akar pokok muda digunakan untuk merawat luka dalaman manakala akar dan daun yang ditumbuk pula digunakan untuk merawat sengal-sengal tulang, sendi dan otot. Di negara lain di Asia Tenggara seperti Filipina, daun sembung digunakan juga untuk melawaskan kencing dan untuk merawat batu karang. Pohon sembung juga menghasilkan minyak kayu kapor yang boleh digunakan bagi merawat bengkak sendi.

LEMBA Cina, LEMBA kategori, sumber LEMBA, LEMBA tanaman, tanaman LEMBA morfologi, LEMBA Cina mengumpulkan dan memproses, LEMBA cina ciri-ciri, komposisi kimia LEMBA cina, LEMBA selera seksual, fungsi LEMBA cina, Indikasi LEMBA, LEMBA rincian, LEMBA informasi, LEMBA foto, cina LEMBA gambar, video LEMBA Cina, LEMBA studio,  Cina LEMBA, LEMBA buah, buah-buahan, rumput dan buah-buahan, tanam-tanaman

KESUM – Polygonum minus Huds

KESUM – Polygonum minus Huds

Nama Botani : Polygonum minus Huds

Nama lain : Phak phai (Thailand), Knotweed (Inggeris)

Famili : Polygonaceae

Pengenalan : Tanaman kesum (Polygonum minus) berasal dari kawasan Asia Tenggara, iaitu Malaysia, Thailand, Vietnam dan Indonesia.  Ia didapati tumbuh liar, terutama di kawasan lembap seperti di tepi parit atau dekat dengan sungai dan tasik.  Ia juga didapati hidup dengan subur di kawasan sejuk di tanah tinggi seperti di Cameron Highlands dan Genting Highlands. Kesum merupakan tanaman herba yang renik, lampai, menjalar dan boleh tumbuh mencapai ketinggian 1.0 m di dataran rendah dan sehingga 1.5 m di tanah tinggi.  Daunnya panjang dan runcing berbentuk anak panah, 5−7 cm panjang dan 0.5–2.0 cm lebar.  Ia tersusun secara berselang pada batang, berwarna hijau tua dan sangat aromatik.  Batangnya berbentuk silinder, berwarna hijau dengan sedikit kemerah-merahan, dan mempunyai buku dan ruas yang pendek yang mudah berakar.  Bunganya pula terdapat di hujung pucuk, berbentuk kecil dan berwarna putih keungu-unguan. Pada amnya terdapat dua jenis kesum, iaitu yang lebih merayap/menjalar dan yang tumbuh agak menegak.

Khasiat dan Kegunaan : Tanaman kesum sangat popular di kalangan penduduk Malaysia sebagai bahan perencah/perisa di dalam banyak jenis makanan, terutama untuk laksa dan asam pedas.  Ia juga boleh dimakan terus sebagai ulam ataupun dibuat kerabu.  Secara tradisional air rebusan daun kesum digunakan untuk mengubati masalah penghadaman, menghilangkan kelemumur di kepala dan sebagai minuman selepas bersalin.  Dari segi khasiat pemakanan, kesum kaya dengan beta karotena, vitamin A, vitamin C dan juga bahan galian seperti kalium, kalsium dan fosforus.

Daun kesum yang aromatik boleh menghasilkan minyak pati yang mengandungi bahan kimia `aliphatic aldehyde’ yang tinggi (60%), dan komponan kimia utamanya ialah decanal dan dodecanal.  Sebagai punca bahan semula jadi ‘aliphatic aldehyde’, minyak kesum pula dipercayai mempunyai potensi yang tinggi, terutama dalam industri perisa dan wangian. Ini disebabkan tidak banyak terdapat bahan semula jadi ini di pasaran.

KESUM Cina, KESUM kategori, sumber KESUM, KESUM tanaman, tanaman KESUM morfologi, KESUM Cina mengumpulkan dan memproses, KESUM cina ciri-ciri, komposisi kimia KESUM cina, KESUM selera seksual, fungsi KESUM cina, Indikasi KESUM, KESUM rincian, KESUM informasi, KESUM foto, cina KESUM gambar, video KESUM Cina, KESUM studio,  Cina KESUM, KESUM buah, buah-buahan, rumput dan buah-buahan, tanam-tanaman

HEMPEDU BUMI – Andrographis paniculata

HEMPEDU BUMI – Andrographis paniculata

Nama Botani : Andrographis paniculata

Nama Lain : Hempedu tanah, akar cerita, pokok cerita (Malaysia), king of bitter, creat, green chireta (Inggeris), kalmegh (India), Kirta (Sanskrit), Chuan xin lian, Yi jian xi, Lan he lian (China), Sambiloto (Indonesia)

Famili : Acanthaceae

Pengenalan : Hempedu bumi banyak dijumpai di China, India, Thailand dan gugusan kepulauan Melayu. Herba semusim jenis renek ini boleh tumbuh dengan ketinggian sehingga 90 cm.  Daunnya berwarna hijau tua di permukaan atas dan hijau muda di bawah permukaannya. Batangnya pula berwarna hijau, berbentuk empat segi dan berbuku. Setiap buku mempunyai dua helai daun.  Bunganya pula kecil dan berwarna ungu. Buah atau lengainya bersaiz purata 25 mm panjang dan 3 mm lebar. Pada peringkat awal, lenggai berwarna hijau nmuda dan apabila matang menjadi coklat muda. Lengainya pecah apabila matang dan menyebarkan benih di sekitarnya.

Khasiat dan Kegunaan : Hempedu bumi boleh dijadikan ubat untuk darah tinggi, kencing manis, antiradang, antibakteria, antivirus, melegakan demam dan pencair kahak. Ia juga digunakan sebagai pelawas pembuangan air besar, menghapuskan cacing dalam sistem pencernaan dan mempercepatkan pembekuan darah.

HEMPEDU BUMI Cina, HEMPEDU BUMI kategori, sumber HEMPEDU BUMI, HEMPEDU BUMI tanaman, tanaman HEMPEDU BUMI morfologi, HEMPEDU BUMI Cina mengumpulkan dan memproses, HEMPEDU BUMI cina ciri-ciri, komposisi kimia HEMPEDU BUMI cina, HEMPEDU BUMI selera seksual, fungsi HEMPEDU BUMI cina, Indikasi HEMPEDU BUMI, HEMPEDU BUMI rincian, HEMPEDU BUMI informasi, HEMPEDU BUMI foto, cina HEMPEDU BUMI gambar, video HEMPEDU BUMI Cina, HEMPEDU BUMI studio,  Cina HEMPEDU BUMI, HEMPEDU BUMI buah, buah-buahan, rumput dan buah-buahan, tanam-tanaman

EMAS COTEK – Ficus deltoidea

EMAS COTEK – Ficus deltoidea

Nama Botani : Ficus deltoidea

Nama Lain : Serapat, sempit-sempit dan agoluran (Sabah), tabat barito  (Indonesia), Mistletoe fig (Inggeris)

Pengenalan : Emas cotek banyak terdapat di Semenanjung Malaysia dan kepulauan Borneo seperti Sabah, Sarawak dan Kalimantan. Ia merupakan sejenis tanaman epifit yang hidup menumpang pada tumbuhan lain yang lebih besar hanya untuk mendapatkan cahaya matahari. Tumbuhan ini banyak terdapat di kawasan belukar di tepi laut atau rimba di pergunungan. Tanaman ini tidak tumbuh di kawasan hutan bakau. Tumbuhan ini boleh tumbuh setinggi 135 cm dan garis pusat kanopi berukuran lebih kurang 157 cm. Bentuk daun adalah berbeza mengikut aksesi iaitu sama ada bulat, bujur telur atau lonjong. Daun yang besar dan bulat di kelasifikasikan sebagai emas cotek betina dan yang lebih kecil dan lonjong sebagai emas cotek jantan. Daunnya berwarna hijau berkilat dan mempunyai bintik yang berwarna emas di permukaannya manakala dibawah permukaan daunnya berwarna kuning keemasan dengan tompok-tompok hitam.

Khasiat dan Kegunaan : Emas cotek dipercayai berkhasiat untuk sistem reproduktif  wanita.  Air rebusan keseluruhan tanaman diminum oleh wanita selepas bersalin untuk mengecutkan rahim dan mengembalikan rahim pada keadaan asal. Ia juga digunakan oleh wanita untuk merawat keputihan dan melawaskan haid. Tumbuhan herba ini dipercayai boleh mengekalkan awet muda dan digunakan sebagai ramuan dalam menyediakan tonik untuk lelaki dan perempuan. Selain daripada itu, emas cotek berupaya mencegah dan menyembuhkan penyakit-penyakit seperti paru-paru berair, kencing manis, darah tinggi, lemah jantung, cirit-birit, melancarkan peredaran darah dan rawatan sakit kulit.

EMAS COTEK Cina, EMAS COTEK kategori, sumber EMAS COTEK, EMAS COTEK tanaman, tanaman EMAS COTEK morfologi, EMAS COTEK Cina mengumpulkan dan memproses, EMAS COTEK cina ciri-ciri, komposisi kimia EMAS COTEK cina, EMAS COTEK selera seksual, fungsi EMAS COTEK cina, Indikasi EMAS COTEK, EMAS COTEK rincian, EMAS COTEK informasi, EMAS COTEK foto, cina EMAS COTEK gambar, video EMAS COTEK Cina, EMAS COTEK studio,  Cina EMAS COTEK, EMAS COTEK buah, buah-buahan, rumput dan buah-buahan, tanam-tanaman

DUKUNG ANAK – Phyllanthus amarus, P. niruri, P. urinaria dan P. debelis

DUKUNG ANAK – Phyllanthus amarus, P. niruri, P. urinaria dan P. debelis

Nama Botani : Phyllanthus amarus, P. niruri, P. urinaria dan P. debelis

Nama Lain : Buah amin, Nipon-nipon (Malaysia), Chanca piedra (India), Meniran (Indonesia), Quebra pedra (Amerika Selatan), Zhen chu cao, ye xia zhu (China), Stone breaker, Shatter stone (Inggeris)

Famili : Euphorbiaceae

Pengenalan : Tumbuhan ubatan ini sangat popular di India dan banyak digunakan dalam perubatan Ayuvedic.  Dukung anak ialah sejenis herba renek berbatang lembut.  Batang berwarna hijau atau merah bergantung kepada spesies.  Daun berbentuk bulat lonjong, berwarna hijau (atau merah), bersaiz kecil tersusun di sepanjang tangkai daun. Buah terbentuk di bawah setiap pelepah daun.  Tumbuhan herba ini biasa terdapat di kawasan tanah terbiar di tepi-tepi jalan atau kebun serta kawasan rumah termasuk di dalam pasu bunga.   Ia dianggap sebagai rumpai kerana agak susah untuk dikawal.

Khasiat dan Kegunaan : Dukung anak banyak digunakan untuk merawat penyakit berkaitan buah pinggang dan hati seperti jaundis dan hepatitis B. Ia juga digunakan untuk rawatan masalah batu karang, malaria, asma, kencing manis, darah tinggi, gigitan serangga berbisa dan cirit birit.

DUKUNG ANAK Cina, DUKUNG ANAK kategori, sumber DUKUNG ANAK, DUKUNG ANAK tanaman, tanaman DUKUNG ANAK morfologi, DUKUNG ANAK Cina mengumpulkan dan memproses, DUKUNG ANAK cina ciri-ciri, komposisi kimia DUKUNG ANAK cina, DUKUNG ANAK selera seksual, fungsi DUKUNG ANAK cina, Indikasi DUKUNG ANAK, DUKUNG ANAK rincian, DUKUNG ANAK informasi, DUKUNG ANAK foto, cina DUKUNG ANAK gambar, video DUKUNG ANAK Cina, DUKUNG ANAK studio,  Cina DUKUNG ANAK, DUKUNG ANAK buah, buah-buahan, rumput dan buah-buahan, tanam-tanaman

CUCUR ATAP – Beackea Frutescens

CUCUR ATAP – Beackea Frutescens

Nama Botani : Beackea Frutescens

Nama Lain : Cucur Atap, Corong Atap

Famili : Melastomaceae

Pengenalan : Cucur atap adalah sejenis pokok kecil yang boleh mencapai ketinggian sehingga 6 m. Batang dan dahannya keras serta kuat. Kulit batang berwarna kelabu, berkeadaan merekah dan berlurah. Daunnya kecil atau halus seperti jarum, tersusun secara bertentangan dan mengeluarkan aroma bila dihancurkan atau diramas. Bunga berkeadaan tunggal atau berpasangan,  bewarna putih dengan gelang hijau di bahagian tengah yang kemudian bertukar menjadi merah. Tumbuhan ini didapati hidup secara liar dikawasan tanah bris dan juga tumbuh subur ditanah mineral.

Khasiat dan Kegunaan : Secara tradisi digunakan sebagai teh herba untuk kesihatan. Daunnya dikatakan mempunyai keupayaan untuk merawat demam, antibakteria dan melancarkan peredaran haid. Ia juga digunakan bagi merawat selsema, sakit kepala, demam campak, uluran dan juandis dengan cara mengasapkan pesakit melalui pembakaran daun kering atau menghidu wap air rebusan daun segar. Minyak patinya yang diperoleh melalui ekstrasi daun, digunakan untuk mengurut bagi menghilangkan sakit urat atau sakit-sakit badan.

CUCUR ATAP Cina, CUCUR ATAP kategori, sumber CUCUR ATAP, CUCUR ATAP tanaman, tanaman CUCUR ATAP morfologi, CUCUR ATAP Cina mengumpulkan dan memproses, CUCUR ATAP cina ciri-ciri, komposisi kimia CUCUR ATAP cina, CUCUR ATAP selera seksual, fungsi CUCUR ATAP cina, Indikasi CUCUR ATAP, CUCUR ATAP rincian, CUCUR ATAP informasi, CUCUR ATAP foto, cina CUCUR ATAP gambar, video CUCUR ATAP Cina, CUCUR ATAP studio,  Cina CUCUR ATAP, CUCUR ATAP buah, buah-buahan, rumput dan buah-buahan, tanam-tanaman

CEKUR – Kaemferia galanga L

CEKUR – Kaemferia galanga L

Nama Botani : Kaemferia galanga L

Nama Lain : Kencur (Indonesia), Pro hom (Thai), Lesser galanga, fingerroot (Inggeris)

Famili : Zingiberaceae

Pengenalan :Cekur berasal dari Asia Tropika.  Penyebarannya meliputi kawasan di Asia Tenggara seperti Malaysia, Indonesia, Thailand dan Vietnam serta India dan China.  Di negara kita, kebanyakan kawasan ditanam di sekitar rumah yang berkeadaan lembab dengan sedikit teduhan.  Tumbuhan ini mempunyai daun-daun yang lebar dan tumbuh mendatar di atas permukaan tanah. Saiz daun boleh mencapai sehingga 10 cm lebar dan 15 cm panjang. Pelepah daun pendek dan berukuran 2–3 cm sahaja. Cekur berbunga di tengah-tengah rumpun. Bunganya berwarna putih dan berbintik ungu.  Daun dan rizomnya mempunyai bau yang unik dan sangat beraroma. Rizomnya berbentuk seperti susunan jari. Di hujung akarnya pula, terdapat butir-butir ubi berwarna putih kemerahan yang juga berbentuk seperti jari.

Khasiat dan Kegunaan : Rizom cekur digunakan sebagai tonik selepas bersalin bagi mengecutkan rahim, bahan untuk jamu bagi senak perut, membuang angin, sakit sendi serta melancarkan haid.  Ia juga digunakan untuk melegakan batuk, mengurangkan bengkak dan dibuat bedak untuk merawat jerawat.  Daunnya yang muda dimakan sebagai ulam atau dibuat kerabu. Rizomnya juga digunakan sebagai ramuan masakan.

CEKUR Cina, CEKUR kategori, sumber CEKUR, CEKUR tanaman, tanaman CEKUR morfologi, CEKUR Cina mengumpulkan dan memproses, CEKUR cina ciri-ciri, komposisi kimia CEKUR cina, CEKUR selera seksual, fungsi CEKUR cina, Indikasi CEKUR, CEKUR rincian, CEKUR informasi, CEKUR foto, cina CEKUR gambar, video CEKUR Cina, CEKUR studio,  Cina CEKUR, CEKUR buah, buah-buahan, rumput dan buah-buahan, tanam-tanaman