Category Archives: Herba Buah-buahan

Herba Buah – Senarai Herba Buah-buahan dan Perubatan. Banyak herba buah-buahan boleh menjadikan ubat yang berkesan untuk penjagaan kesihatan dan pengawalan penyakit. Buah-buahan boleh digunakan sebagai buah kering, minyak buah pati dan serbuk herba buah untuk melaksanakan perubatan.

ROSEL – Hibiscus sabdariffa L

ROSEL – Hibiscus sabdariffa L

Nama Botani : Hibiscus sabdariffa L

Nama Lain : Asam paya, asam susur, asam kundang, roselle (Inggeris), sorrel

Famili : Malvaceae

Pengenalan : Rosel banyak terdapat di kawasan yang beriklim tropika dan subtropika seperti di Afrika, India dan Asia termasuk Malaysia. Kini terdapat lebih dari 300 spesies tanaman rosel di seluruh dunia. Pokok ini boleh mencapai ketinggian lebih kurang 2 m dengan dahannya yang tumbuh menegak di peringkat awal dan melentur rebah apabila banyak buah. Batang, dahan serta tangkainya berwarna merah. Daunnya pula berwarna hijau dan berbentuk tapak tangan dengan tiga cuping yang meruncing ke hujung. Bunga rosel keluar di setiap sendi daun, berwarna kuning muda dan merah jambu manakala lengainya berwarna merah gelap dan berbentuk bujur.

Khasiat dan Kegunaan : Kaliks atau kelopak buah rosel yang berwarna merah kaya dengan vitamin A dan C serta zat mineral. Dengan menjadikannya sebagai teh ubatan, herba ini dapat membantu mempercepatkan peredaran darah, mengurangkan tekanan darah tinggi di samping memberi kesan awet muda. Kaliksnya boleh diproses menjadi jem, halwa, jeli, jeruk dan juga pewarna makanan. Pemprosesan biji rosel boleh dijadikan bahan kosmetik sementara kulitnya pula boleh dibuat tali.

ROSEL Cina, ROSEL kategori, sumber ROSEL, ROSEL tanaman, tanaman ROSEL morfologi, ROSEL Cina mengumpulkan dan memproses, ROSEL cina ciri-ciri, komposisi kimia ROSEL cina, ROSEL selera seksual, fungsi ROSEL cina, Indikasi ROSEL, ROSEL rincian, ROSEL informasi, ROSEL foto, cina ROSEL gambar, video ROSEL Cina, ROSEL studio,  Cina ROSEL, ROSEL buah, buah-buahan, rumput dan buah-buahan, tanam-tanaman

MENGKUDU – Morinda citrifolia Linn.

MENGKUDU – Morinda citrifolia Linn.

Nama Botani : Morinda citrifolia Linn.

Nama lain : Noni, Indian mulberry, Painkiller (Inggeris),  Pace, Cangkudu (Indonesia), Yo ban (Thai), Nhau (Vietnameses)

Famili : Rubiaceae

Pengenalan : Mengkudu ialah tanaman bersifat saka berasal dari Asia, Australia dan kepulauan Pasifik. Ia telah hidup secara liar berabad-abad lamanya di negara kita dan kurang mendapat perhatian semasa itu. Kebanyakannya terdapat dikawasan pinggir hutan dan berdekatan dengan perparitan dan sungai. Tanaman ini mempunyai batang pokok yang lurus, berdaun lebar, bunga berwarna putih, buah berbentuk bujur dan bertukar dari hijau ke putih kekuningan apabila matang. Buah yang masak mempunyai bau yang kurang menyenangkan.  Ketinggian pokok boleh mencapai lebih kurang 10 m. Dua spesies tanaman mengkudu yang biasa terdapat di negara ini ialah Morinda citrifolia (mengkudu besar atau mengkudu laut) dan Morinda elliptica (mengkudu kecil atau mengkudu hutan). Terdapat variasi yang ketara dari segi saiz dan bentuk buah.

Khasiat dan Kegunaan : Mengkudu mempunyai pelbagai kegunaan. Ia telah digunakan sejak turun-temurun dalam perubatan tradisional terutama di kalangan masyarakat Melayu. ‘Penemuan semula’ dan minat masyarakat umum  terhadap tanaman ‘ajaib’ ini bermula pada penghujung 1998 selepas penemuan saintifik tentang bahan aktif serta fungsinya oleh seorang ahli biokimia dari Universiti Hawaii. Satu bancian yang dijalankan di Amerika Syarikat melaporkan sebanyak 22 jenis masalah kesihatan telah dapat dibantu dengan pengambilan mengkudu. Antaranya ialah kanser, kencing manis, darah tinggi, tulang, jantung, kemurungan, pernafasan, penghadaman dan buah pinggang. Mengkudu juga boleh dibangunkan ke produk kumpulan makanan seperti makanan kesihatan/tambahan, tonik, minuman dan perubatan tradisional dan barangan bukan makanan seperti kosmetik, penjagaan/kesihatan diri dan  biopesticid.

MENGKUDU Cina, MENGKUDU kategori, sumber MENGKUDU, MENGKUDU tanaman, tanaman MENGKUDU morfologi, MENGKUDU Cina mengumpulkan dan memproses, MENGKUDU cina ciri-ciri, komposisi kimia MENGKUDU cina, MENGKUDU selera seksual, fungsi MENGKUDU cina, Indikasi MENGKUDU, MENGKUDU rincian, MENGKUDU informasi, MENGKUDU foto, cina MENGKUDU gambar, video MENGKUDU Cina, MENGKUDU studio,  Cina MENGKUDU, MENGKUDU buah, buah-buahan, rumput dan buah-buahan, tanam-tanaman

LIMAU PURUT – Citrus hystrix DC.

LIMAU PURUT – Citrus hystrix DC.

Nama Botani : Citrus hystrix DC.

Nama Lain : Limau purut (Melayu), Jerut Purut (Indonesia), Bai makrut (Thailand), Keiffer lime; Kafir lime (Inggeris)

Famili : Rutaceae

Pengenalan : Tanaman saka ini berasal dari Asia dan telah ditanam di Malaysia, Indonesia dan Thailand. Habitatnya ialah di kawasan subur yang bersaliran baik dan banyak ditanam disekitar rumah sahaja. Kulit buah limau purut adalah berkedut, tebal, dan isinya tidak berapa berair. Tumbesaran  pokok adalah perlahan berbanding dengan spesies limau lain. Ketinggiannya boleh mencapai sehingga 30 m. Daunnya yang bersayap memberi gambaran dua helai daun yang dicantumkan hujung ke hujung.

Khasiat dan Kegunaan : Daun limau purut banyak digunakan dalam masakan seperti tom yam kerana bau dan rasanya yang unik. Ia juga digunakan sebagai ramuan ubatan dan juga bahan untuk mandi wap. Selain berkesan sebagai penggalak antitumor atau pencegah kanser, limau purut juga boleh digunakan untuk mencuci rambut dan mulut serta boleh membunuh pacat. Ekstrak minyak patinya boleh digunakan sebagai aromatherapi, nutraseutikal dan produk penjagaan diri. Limau purut juga berupaya merawat luka,  lebam dan gigitan serangga berbisa serta merangsang perjalanan darah.

LIMAU PURUT Cina, LIMAU PURUT kategori, sumber LIMAU PURUT, LIMAU PURUT tanaman, tanaman LIMAU PURUT morfologi, LIMAU PURUT Cina mengumpulkan dan memproses, LIMAU PURUT cina ciri-ciri, komposisi kimia LIMAU PURUT cina, LIMAU PURUT selera seksual, fungsi LIMAU PURUT cina, Indikasi LIMAU PURUT, LIMAU PURUT rincian, LIMAU PURUT informasi, LIMAU PURUT foto, cina LIMAU PURUT gambar, video LIMAU PURUT Cina, LIMAU PURUT studio,  Cina LIMAU PURUT, LIMAU PURUT buah, buah-buahan, rumput dan buah-buahan, tanam-tanaman

BELIMBING TANAH – Tacca Cristata

BELIMBING TANAH – Tacca Cristata

Nama Botani : Tacca Cristata

Nama Lain : Belimbing Tanah, Janggut Adam, Janggut Baung, Kelemoyang Air, Sebiak

Famili : Taccaceae

Pengenalan : Belimbing tanah adalah sejenis pokok herba yang boleh mencapai ketinggian sehingga 1 m. Daun atau pelepahnya agak besar, panjang, berbentuk bujur telur (‘ovate’) dan bewarna hijau tua. Permukaan daun tidak rata (berkedut). Bunganya juga besar berwarna ungu keputihan terbit dihujung tangkai yang tumbuh tegak dan boleh mencapai ketinggian sehingga 60 cm. Tumbuhan ini tumbuh liar dikawasan lembap hutan tanah pamah dan lereng bukit.

Khasiat dan Kegunaan : Tumbuhan ini agak popular dikawasan Pantai Timur, Semenanjung Tanah Melayu. Air rebusan akar tumbuhan ini digunakan secara tradisi untuk merawat penyakit darah tinggi, buasir dan juga sebagai air mandian bagi perawatan wanita selepas bersalin iaitu untuk membuang angin dalam badan. Di samping ini, air rebusan ubi dan akarnya yang dicampur dengan pokok selayar hitam (Goniothalamus malayanus) dikatakan berkhasiat bagi menguatkan buah pinggang. Pelepah daunya pula boleh digunakan untuk merawat gatal-gatal pada kulit akibat terkena ulat bulu.

BELIMBING TANAH Cina, BELIMBING TANAH kategori, sumber BELIMBING TANAH, BELIMBING TANAH tanaman, tanaman BELIMBING TANAH morfologi, BELIMBING TANAH Cina mengumpulkan dan memproses, BELIMBING TANAH cina ciri-ciri, komposisi kimia BELIMBING TANAH cina, BELIMBING TANAH selera seksual, fungsi BELIMBING TANAH cina, Indikasi BELIMBING TANAH, BELIMBING TANAH rincian, BELIMBING TANAH informasi, BELIMBING TANAH foto, cina BELIMBING TANAH gambar, video BELIMBING TANAH Cina, BELIMBING TANAH studio,  Cina BELIMBING TANAH, BELIMBING TANAH buah, buah-buahan, rumput dan buah-buahan, tanam-tanaman

Punica granatum

Punica granatum

Nama Tempatan: Delima

Nama Saintifik: Punica granatum

Nama Lain: pomegranate,Rumman,rumien, rimmon

Famili: Lythraceae

Lokasi dijumpai:

Asal: Iran , Himalaya, Utara india

keterangan:

Delima merupakan sejenis buah-buahan yang berasal dari Iran, Himalaya. Ia telah lama ditanam di kawasan medditerranean sebagai antara buah-buahan utama.

Ia kemudiannya tersebar dan ditanam di kawasan-kawasan lain seperti Algeria, azerbaijan, Turki dan sesetengah kawasan yang kering di Asia tenggara seperti Semenanjung Malaysia.Kini Delima juga ditanama di Amerika syarikat terutamanya di Kawasan seperti California dan Arizona untuk dijadikan jus.

Dalam industri makanan delima dikategorikan dalam kumpulan buah eksotik dan antara sumber makanan yang mempunyai banyak khasiat.Pentingnya delima sebagai sumber makanan terbukti apabila delima di sebut di dalam Kitab Suci Al-Quran sebanyak 3 kali.Pada Zaman nabi Musa delima di tanama di Syria, Palestin dan Lubnan.

daun delima berukuran antara 3-7 cm panjang dan 1.3 cm lebar. Daunnya mempunyai permukaan yang berkilat dan berbentuk oblong.

Bunga delima berwarna merah terang, ada sesetengah varieti yang mempunyai bunga oren terang terutamanya sepesies delima katik atau kerdil( dwarft pomergranate) atau nama saintifiknya punica granatum nana.

Delima katik amat sesuai dijadikan tumbuhan hiasan dalam pasu dan juga bonsai.Dalam bahasa inggeris delima di panggil pomegranate yang berasal dari perkataan lain iaitu POMUM yang bermakasud epal dan GRANATUS yang bermaksud biji.

Sesuai dengan namanya buah delima mempunyai warna yang hampir menyerupai warna epal dengan bahagian dalam buahnya yang penuh dengan biji.

kegunaan:

Delima yang kaya dengan Sodium ,riboflavin, thiamin, niacin, vitamin c, kalsium dan fosforus. Antara khasiat delima ialah ia merupakan tonik yang sangat baik untuk jantung. Ia juga membantu mengurangkan sakit jantung.

Ia merupakan antara penawar yang baik untuk membantu masalah keradangan perut.Ia membantu melegakan cirit birit dan disentri.

Ia juga membantu mengurangkan tekanan darah tinggi. Pesakit anaemia atau kurang darah juga mendapat manafaat daripada buah delima. Delima yang dimabil bersama madu merupakan penawar homopati yang berkesan untuk menangani masalah darah gemuruh dan panik.Amalan makan buah delima juga merupakan amalan yang baik untuk mengekalkan kesihatan dan fungsi mata.selain daripada buahnya bunga delima juga digunakan untuk merawat penyakit.

Selain daripada itu bunganya yang berwarna merah terang itu juga merupakan sumber untuk pewarna semulajadi.Buah delima boleh dimakan begitu sahaja atau dijadikan jus.

Selain daripada itu ia juga banyak digunakan dalam masakan seperti dijadikan sup. Ia juga digunakan sebagai pengganti tomato di dalam masakan terutamanya bagi masyarakat timur tengah.

Bji yang diasingkan dari isinya dan kemudiannya dikeringkan dijadikan bahan untuk menambahkan rasa masam pada chutni dan kari.Di turki sos delima juga jadikan sos untuk salad dan juga untuk memerap daging sebelum dimasak.

punica granatum bonsai,punica granatum ,punica granatum chico,pome granate,pomegranate extract,ellagic acid,pomegranate essential oil,pomegranate aphrodisiac,lawsonia inermis,pomegranate,pomegranate concentrate,pomegranate juice concentrate,dwarf pomegranate,pommegranate,pomegranates,pomegranate juice,pomegrante,pomegranites,
fruit pomegranate,punica granata,punica pomegranate,punica protopunica,punica juice,
pomegranate meaning,pomegranate types,pomegranate definition,pomegranate etymology,pomegranate peel,types of pomegranate,pomegranate pronunciation,ayurveda pomegranate,meaning of pomegranate,pomegranates,pomegranate symbolism,pomegranite fruit,symbolism of pomegranate,

Mangosteen Fruit

Mangosteen Fruit

Get the Flash Player to see the wordTube Media Player.

Nama Tempatan: Manggis

Nama Saintifik: Garcinia Mangostana L.

Nama Lain: Mangosteen, Mangostan(Perancis),Manggis, mangustan,sta

Famili: Clusiaceae

Lokasi dijumpai: Tumpat kelantan

Asal: Malaysia

keterangan:

Sejenis buah-buahan tropika yang merupakan tumbuhan asal dari Malaysia, manggis merupakan sejenis pokok yang boleh mencapai ketinggian hingga 8 meter. Ia merupakan sejenis pokok rendang dengan ranting yang banyak dan daun yang besar.

bahagian dalam batang mengandungi resin yang berwarna kuning pekat.Daunnya berbentuk ringkas dengan tangkai daun sepanjang 1-2 cm.daunnya bersaiz 6.5-9.5 cm X 3.5-5.5 cm.bunganya mempunyai 4 kelopak dan lazimnya berwarna merah jambu pucat.Buahnya berwarna hijau kekuningan ketika muda dan berubah menjadi magenta (ungu ) apabila masak.Ia membiak melalui biji benih dan keratan batang

kegunaan:

Kulit buah manggis digunakan dalam perubatan melayu tradisional untuk mengubati cirit birit. Caranya ialah kulitnya diasah pada pasu dan airnya diminum. Air rebusan akar manggis juga digunakan untuk melancarkan haid.getahnya digunakan untuk melegakan sembelit, tetapi ia boleh menyebabkan rasa loya dan muntah. dan boleh menyebabkan kematian jika diambil dalam sukatan yang banyak

Mangosteen, Mangosteen kategori, Mangosteen alias, sumber Mangosteen, Mangosteen tanaman, tanaman Mangosteen morfologi, Mangosteen mengumpulkan dan memproses, Mangosteen ciri-ciri, komposisi kimia Mangosteen,fungsi Mangosteen, Indikasi Mangosteen, Mangosteen rincian, Mangosteen informasi, Mangosteen foto, cina Mangosteen gambar, video Mangosteen, Mangosteen studio,rumput dan buah-buahan,tanam-tanaman

Vitis Vinifera

Vitis Vinifera

Get the Flash Player to see the wordTube Media Player.

Nama Tempatan:    Anggur

Nama Saintifik:    Vitis Vinifera

Nama Lain: Grape

Famili: viticeae

Lokasi dijumpai:

Asal: Kawasan Medditerranean

keterangan:

Anggur merupakan sejenis tumbuhan yang menjalar dan mempunyai batang berkayu. Tergolong dalam keluarga vitaceae anggur mempunyai lebih kurang 8000 varieti yang ditanam seluruh dunia.

Buah anggur tumbuh dalam gugusan yang boleh mengandungi sahingga 300 buah dalam satu tangkai.pelbagai varieti anggur boleh dibezakan dengan warna buah Anggur yang telah masak.Buahnya terdapat dalam pelbagai warna seperti hijau, merah ungu, ungu kehitaman, keemasan, kuning kemerahan, merah jambu dan putih.

Hasil dari penemuan arak yang berusia 7000 tahun di Iraq pada tahun 1996, anggur didapai telah digunakan untuk dijadikan arak semenjak zaman neolitik lagi.

Buah anggur boleh dimakan secara mentah atau dijadikan jem, jus, jeli, kismis, wain, jeruk dan perisa masakan.Bukan hanya buah anggur boleh dimakan, daunnya juga boleh digunakan untuk dijadikan teh dan dolma.dolma merupakan sejenis makanan berasaskan sayuran.Daun anggur digunakan sebagai pembungkus sayur-sayuran lain yang dijadikan inti.Antara resepi dolma ialah:

Dolma daun anggur

bahan-bahan:
1. beberapa helai daun anggur
2. 1 1/2 cawan beras
3. 2 sudu makan tomato puri
4. 2 biji bawang besar dicincang halus
5. 2 sudu makan kismis
6. 2 sudu makan kacang pine atau badam atau gajus
7. 1 sudu makan serbuk kayu manis
8. I sudu makan serbuk allspice
9. 1 sudu makan serbuk mint
10. 1 sudu makan minyak zaitun.

Cara penyediaan:
1. tumis bawang besar dalam minyak zaitun hingga naik bau, masukkan beras, dan masukkan air panas hingga menutupinya sama seperti memasak nasi).
2. tutup dan masak dengan api yang perlahan sehingga nasi separuh masak.Lebih kurang 10 minit.
3. Tutup api, masukkan tomato puri,kismis,kacang dan semua rempah. Biarkan sejuk.
4. apabila sejuk, letak lebih kurang satu sudu makan nasi keatas daun anggur dan gulungkan. Boleh menggunakan lidi untuk mengemaskan bungkusan.
5. kukus 30 hingga 45 mini sehingga nasi betul-betul masak.
6. Dolma biasa dihidangkan sejuk. Perahkan jus lemon keatas dolma ketika dihidangkan.

daun anggur yang dipotong halus-halus dan dikeringkan boleh dijadikan teh.

anggur merupakan antara sumber yang paling baik untuk vitamin C. ia juga kaya dengan kalium. Mengandungi 80% kandungan air dan berkalori rendah.

Vitis Vinifera, Vitis Vinifera kategori, Vitis Vinifera alias, sumber Vitis Vinifera, Vitis Vinifera tanaman, tanaman Vitis Vinifera morfologi, Vitis Vinifera mengumpulkan dan memproses, Vitis Vinifera ciri-ciri, komposisi kimia Vitis Vinifera,  fungsi Vitis Vinifera, Indikasi Vitis Vinifera, Vitis Vinifera rincian, Vitis Vinifera informasi, Vitis Vinifera foto, cina Vitis Vinifera gambar, video Vitis Vinifera, Vitis Vinifera studio, lycium barbarum,rumput dan buah-buahan,tanam-tanaman

Buah Mentega

Buah Mentega

Buah Mentega atau nama saintifiknya Diospyros blancoi merupakan salah satu jenis buah yang tergolong dalam buah-buahan nadir atau buah yang jarang atau  sukar untuk dijumpai hari ini. Kulit buah mempunyai bulu halus seperti baldu.

Ada sesetengah orang yang kata Buah mentega rasanya manis dan sedikit berlemak dan baunya harum ketika dimasukkan kedalam mulut. Ada juga yang menyatakan ia boleh juga dihiris dan dicampur dengan buah-buahan lain dan dijadikan rojak buah.

Bisbul adalah nama sejenis buah beserta pohonnya sekali. Tumbuhan ini berkerabat dekat dengan kesemek dan kayu hitam.

Hasil dan kegunaan

Bisbul tumbuh dengan baik di daerah beriklim muson, pada berbagai jenis tanah sampai dengan ketinggian 800 m dpl. Di Filipina, bisbul berbuah antara Juni-September; namun di Bogor buah telah dapat dipetik antara Maret-Mei.

Pohon ini terutama ditanam untuk buahnya, yang dapat dimakan segar atau sebagai campuran minuman dan rujak. Kayunya berkualitas baik, coklat kemerahan hingga hitam, bertekstur halus, kuat dan keras; di Filipina (dinamai kamagong) merupakan bahan kerajinan yang berharga dan dilindungi oleh undang-undang.

Karena tajuknya yang bagus, pohon bisbul juga kerap ditanam di taman-taman dan tepi jalan.

Buah Mentega, Buah Mentega kategori, Buah Mentega alias, sumber Buah Mentega, Buah Mentega tanaman, tanaman Buah Mentega morfologi, Buah Mentega mengumpulkan dan memproses, Buah Mentega ciri-ciri, komposisi kimia Buah Mentega,  Tasbih, fungsi Buah Mentega, Indikasi Buah Mentega, Buah Mentega rincian, Buah Mentega informasi, Buah Mentega foto, cina Buah Mentega gambar, video Buah Mentega, Buah Mentega studio, lycium barbarum,rumput dan buah-buahan,tanam-tanaman

Buah Keradang

Buah Keradang

Ulam mahupun sayuran sebenarnya tidak hanya tertumpu daripada jenis tumbuhan renek atau melata diatas tanah atu memanjat.

Contohnya ialah POKOK KERADANG yang tumbuh rimbun dan sesuai dijadikan tempat teduhan. Pokok ini mempunyai buah berwarna merah jambu dan unggu gelap pekat bila sudah matang.

Ulam mahupun sayuran sebenarnya tidak hanya tertumpu daripada jenis tumbuhan renek atau melata diatas tanah atu memanjat.

Contohnya ialah POKOK KERADANG yang tumbuh rimbun dan sesuai dijadikan tempat teduhan. Pokok ini mempunyai buah berwarna merah jambu dan unggu gelap pekat bila sudah matang.

Menurut Pegawai di Pusat Sumber Genetik Tumbuhan, Intitut Biosains UPM, Tajuddin bin Abdul Manap, pokok keradang atau nama botaninya carissa carandas, bukan sahaja cantik tetapi mempunyai khasiayt dari segi kesihatan diri.
“Kalau ia berbuah lebat, pokok keradang ini kelihatan cantik kerana rimbunan hijau daun-daunnya bercampur dengan buahnya berwarna merah jambu dan unggu gelap pekat.

Ini ditambah pula bunganya yang berwarna putih pecah lima,” kata beliau ketika ditemui baru-baru ini.
Menurut beliau sesetengah masyarakat Melayu percaya pokok yang sederhana tinggi dan berdaun keras serta batangnya berduru keras ini mempunyai khasiat untuk awet muda.

Biasanya buah keradang yang sudah matang dimakan bersama ulam atau sayuran yang lain.

Namun begitu, buahnya yang sudah matang (warna ungu gelap pekat) itu bergetah bnila dipetik.

Sebab itulah, sebelum dicampur didalam mana-mana sayuran, ia harus direbus sehingga memdidih terlebih dahulu.

Buah Keradang Cina, Buah Keradang kategori, Buah Keradang alias, sumber Buah Keradang, Buah Keradang tanaman, tanaman Buah Keradang morfologi, Buah Keradang Cina mengumpulkan dan memproses, Buah Keradang cina ciri-ciri, komposisi kimia Buah Keradang cina, Buah Keradang selera seksual, fungsi Buah Keradang cina, Indikasi Buah Keradang, Buah Keradang rincian, Buah Keradang informasi, Buah Keradang foto, cina Buah Keradang gambar, video Buah Keradang Cina, Buah Keradang studio,  Cina Buah Keradang, Buah Keradang buah, buah-buahan, rumput dan buah-buahan, tanam-tanaman

Buah Tampoi

Buah Tampoi

Buah Tampoi atau nama saintifiknya  Baccaurea griffithii mempunyai  rasa yang enak dan sedikit lemak. Namun, ada juga yang kata isinya yang bewarna putih itu mempunyai rasa yang  sedikit masam. Bagi masyarakat Orang Asli pula  ia boleh dijadikan minuman keras.

Selain dimakan segar, saya tidak pasti adakah ia ada digunakan dalam masakan atau sebagainya. Anda mungkin boleh memberi sedikit komen sekiranya di kampung anda masih terdapat lagi pokok tampoi ini.

Saya percaya buah tampoi ini masih banyak lagi dijual di pekan-pekan kecil atau di pasar tani di kawasan anda. Namun, generasi muda hari ini masih ramai yang belum mengenali buah ini.

Buah Tampoi Cina, Buah Tampoi kategori, Buah Tampoi alias, sumber Buah Tampoi, Buah Tampoi tanaman, tanaman Buah Tampoi morfologi, Buah Tampoi Cina mengumpulkan dan memproses, Buah Tampoi cina ciri-ciri, komposisi kimia Buah Tampoi cina, Buah Tampoi selera seksual, fungsi Buah Tampoi cina, Indikasi Buah Tampoi, Buah Tampoi rincian, Buah Tampoi informasi, Buah Tampoi foto, cina Buah Tampoi gambar, video Buah Tampoi Cina, Buah Tampoi studio, lycium barbarum, Qi Zi keampuhan, Cotoneaster, Cina Buah Tampoi, Buah Tampoi buah, buah-buahan, rumput dan buah-buahan, dandelion, dandelion inggris, dandelion tanaman liar dandelion, dandelion inggris, kering kulit jeruk, kulit jeruk kering